Hikmah disebalik kejadian...
Monday, September 24, 2018Assalamualaikum kawan2..
Apa khabar semua?
Semoga kita semua sentiasa sihat, ceria, bahagia ye..
Minggu lepas, minggu yg agak pack..
Korang cuti 3 hari kan.. Hari Malaysia.. Syok la.. Haha..
Berjalan ke mana tu? Hehehe..
Kami takde plan jalan2 pun..
Ikutkan plan asal, adik ipar kawen mggu ni la, tapi bertukar tarikh..
Kami adik beradik ada jgk plan nk bercuti mggu ni, tapi sbb masa tu tarikh ni adk en suami nk kawen, so kami cancel je la. Tukar plan ke bln 12.. Hahaha.. Sbb bulan lain masing2 ada hal..
Masa ni tak ingat pun psl kerja.. 😅😅😅
Usai kenduri kawen adik ipar 9 sept yg lepas, diaorg ajak g cameron. Actually diaorg tnya awal lg. Tapi disebabkan da amik cuti jumaat 7 sept tu, xkan nk cuti lg kan.. Masa tu masih lagi berangan nk join g cameron.. Pdhal da bgtau adik ipar da.. Bajet x berapa nk ada tgh2 bulan tu. Tp hati tu gedik2 gak nk join.. Kitaorg berdua still x decide, sbb konon nk redah je pegi hari sabtu.
Hari Rabu, dpt emel kene dtg opis hr sabtu dan ahad. Jeng..jeng..jeng.. Baru nk mintak excuse. Haha.. Nmpk sgt kan kaki jalan.. Bila nama da kene pilih tu, pasrah je la. Ckp ngan en suami, xyah la join g cameron. Kene keja sabtu ahad.
Hr sabtu siang tu aku jaga anak2..
Buat kerja rumah spt biasa. Malam dlm kul 10pm, en suami dan anak2 hantar ke ofis. Siap bwk bantal dan baju bagai la. Hihi..
Aktiviti tahunan team server akan buat maintenance. So kami team aplikasi kene la test sistem kitaorg lepas diaorg buat maintenance tu. Nnt jadi apa2 susah pulak kan. Malam tu start la kami bekerja sampai pukul 5.00am. Da kul 5 kan, tggu subuh je la. Lps solat, masing2 tdo kat surau. Rabak mata wei.. Tak lama pun tdo, kul 7.30am da bersiap utk balik. Memula nk suruh en suami ambik, tp nk tggu dia mcm lmbt plak. So aku blk sendiri je nek ktm. Dia ambik kat stesen ktm je.
![]() |
| Suasana jam 11.00 mlm |
Balik rumah, mandi2 dan bersiap. Nak balik kg. Ye.. Balik kg aku.. Ikutkan x balik, tp sbb opah jatuh longkang tu, balik la jgk. Tp sebelum sampai umah mak, kami ke Genting Premium Outlet dulu. Nk mencari baju utk dinner. Hujung bulan ni nk ke PD, ada family day.. Ni salah satu sbb juga nape tak join ke cameron. Cameron tu baru je pegi kan kalau nk ikutkan, tp sbb pergi ramai2 feeling nya lain sikit. Lagi meriah. Mujur juga la tak pegi, kalau tak, mesti hati x syiok nk bersuka ria.. Sedangkan family tgh berduka cita kan.. Itu la hikmahnya..
Hari isnin, en suami kerja. Tinggal aku dgn anak2 kat kg. Dapat la tlg2 mak apa yg patut. Buat mana yg termampu je.. Masa duduk dekat opah.. Opah cakap, "Tak dapat pegi Mekah".. Aku ckp.. Tak pe la. Opah jgn la sedih. Semua ni jadi sbb Allah syg Opah. Ada la sbb knp jadi mcm ni. Ye la kan kita tak tau apa yg akan jadi masa akan dtg. Masa kami nk daftarkan nama opah utk g umrah tu, kami risau juga kesihatan dia. Tp ada je warga emas yg pergi kan. Bukan apa, opah teringin sgt nk pergi. Bila dia dgr bucu aku nk pegi dgn adik2 abah aku, dia siap tanya, passport mak mana? Masa tu bucu tunjuk passport dia nk p umrah. Bucu aku ni ibu tunggal. Dia, mak cik aku sblh abah aku yg ajak pg. Diaorg sponsor. So bila opah ckp gitu, mak aku sedih la..sape tak sayu hati bila dgr mak tnya gitu kan. Lps tu, mak tnya la pendapat aku. Aku suruh mak tnya opah betul2 ke nak pegi dan suruh bucu tnya ustaz, blh lg ke tambah org.. Duit tambang, mak sponsor. Niat mak nk gembirakan opah. Pd mulanya ada halangan juga nk buat passport n etc, tapi Alhamdulillah.. Ada jalannya..
Ustaz ada bgtau, kalau bwk opah, belanja kena bwk dlm 3k. Ye la kan opah x larat jalan, so kena guna khidmat penolak wheel chair. Mendengar 3k tu, agak besar juga la jumlah utk kami2 ni. Tapi aku ckp ngan mak, nnt ada la rezeki opah, ajak la share2 adk beradik. Gitu la perancangan kami.. Tapi perancangan Allah itu lebih baik.. Apa yg kita suka x semestinya baik buat kita, begitu la sebaliknya. Apa yg penting kita redha kan..
Bnyk yg aku belajar dlm bln september ni..
Semua yg berlaku ada hikmahnya..
Masa aku nk p tbg haji amik duit, beg duit tinggal kat umh, bila da dpt beg duit, x sempat lak nk pegi balik, plannya ptg la pegi. Bila pegi ptg, hari hujan dan kaunter pun da tutup. 😁 bila aku fikir2 balik, andai aku dpt kuar duit hr tu, mesti aku da ikut pegi cameron, tak pun da tukar hp baru sbb masa tu hp aku kejap ok kejap x. Ada org tu ckp, sblm dia rosak terus, baik trade in. Dlm otak da kira2 da nk ambik duit berapa. Haha.. Pdhal tujuan asal nk ambik duit tu, utk topup blanja opah ke umrah nnt. Alang2 keluar, keluar lebihkan. Pd hal nk simpan bertahun, nk gunanya skejap je. Hihihi.. Bkn bnyk pn simpanannya. Adoi.. Hahaha..
Itu la dia.. Allah Maha Mengetahui.. Mungkin ada lg hikmah lain yg kita x tau.
![]() |
| Tidur dlm kete Mak Yang otw balik rumah. |
Ok la.. Lama betul entry ni nak siap.. Dari khamis lepas, hari ni baru aku tamatkan.. Hihi.. Mak long is busy.. 😅😅




0 comments