😢😢 Ujian dan musibah tanda Allah sayang

Saturday, September 15, 2018

Assalamualaikum semua..

Semoga korang semua sihat & happy selalu..
Aku x berapa happy 2 hari ni..
Rabu baru2 ni.. Sedang sibuk dgn stress kerja..
Dpt whatsapp dpd bucu aku..

Dia hantar gambar..
Dia ckp.. Opah jatuh longkang..
Ya Allah.. Ngeri aku tgk luka opah tu..
Sakitnya Allah je la yg tahu..
Nmpk daging.. Kulit tersiat.. Huhu..
Nk cerita kat sini pun seriau..

Bucu bwk opah pegi klinik dan bwk opah stay rumah mak aku..
Kisahnya.. Opah pegi petik pucuk ubi dekat seberang jalan rumah dia.. Tak tau la mcm mana blh terjatuh. Mungkin tak perasan longkang sbb kawasan tu semak. Masa opah jatuh tu, xde org nampak. Opah bangun sendiri. Balik rumah.
Lps tu mak aku call, mgkn kebetulan atau pak ngah yg call mak aku x sure. Tapi opah nangis2 la masa bgtau tu.. Ye la kan. Mesti rasa sakit sangat2 tu..

Malam bucu bawak opah pegi hospital pulak. Dekat hospital doc xray dan beritahu bahawa tempurung lutut opah patah. 😧😧😧 doc simen sementara. Minggu depan kene pegi hospital selayang utk refer pakar sbb kencing opah terlalu bnyk sampai lencun kain. Pelik jgk la sbb opah aku jenis yg minum air sikit je. Risau ada masalah dgn buah pinggang. Sblm ni, mmg opah ada prob dgn buah pinggang dia. Tapi x la sampai kene dialisis tu. Bucu kata doc nk operate tp bucu x bagi sbb opah da tua.

Tgk la apa kata pakar nnt. Hujung bulan 10, opah nk pegi umrah.. Nampaknya hajat opah nk pg umrah x tercapai kali ni sbb doc kata keadaan opah x mengizinkan opah utk pergi. So ustaz yg incharge pakej umrah opah tu suggest ganti dgn org lain. Kalau ada surat doc blh tarik diri, tp sbb x sempat nk tggu mggu depan. So kami sekeluarga decide utk pilih adik aku yg no 5 @ pak teh yg ganti opah. Dia yg xde komitmen keluarga. Mak aku mmg x blh nak ganti. Ikutkan yg berhajat sgt mak aku la. Mak kata dpt bg opah pegi dgn duit mak pun, mak rasa gembira da. Tapi Allah sebaik2 perancang kan? Adalah hikmah disebalik semua ni..

Ikutkan rasa hati, aku pun nak ganti, tapi ganti org je boleh. Tambah org xleh da. Ye la kan.. Janji kami suami isteri, nk pegi sama2. Lagipun anak kecik2, kakak sekolah pulak. Siapa nk urus nnt. Lain la kalau kita da plan dr awal. Alhamdulillah, selesai urusan mencari pengganti opah. Semoga dipermudahkan urusan adik aku utk apply cuti.

Seperkara lagi yg membimbangkan aku adalah abah aku.. Seperti yg aku pernah cerita, abah aku dah tak berapa sihat mcm dulu. Daya ingatan semakin kurang. Semalam mak cakap abah tiba2 mengamuk. Tak tahu apa silapnya, tiba dia mengamuk dan cakap aku ni menyusahkan orang.  Syukur la slps mak pujuk dan tenangkan dia, dia ok. Menjaga abah bkn perkara mudah. Selain menjaga emosi dia, kene uruskan diri dia jugak. Penat lagi, ye la kan bila dia dah x boleh nk meletakkan sesuatu ditempat sepatutnya. Kulit rambutan dibuang kat celah2 bunga hiasan mak diruang tamu.. Mcm2 lagi kerenah dia.. Semoga Allah permudahkan urusan mak.. Dan semoga pahala besar dikurniakan buat mak. Semoga diberikan kesihatan yg baik buat mak utk menjaga insan2 yg disayang.

Minggu ni walaupun cuti 3 hari, tapi aku kena kerja. En suami pun kerja. Bila la dpt balik kampung ni.. Huhu..

Semoga opah cepat sembuh 😢😢

Ok la.. Ada masa aku bercerita lagi..
Wassalam..


You Might Also Like

3 comments

  1. Allahu...moga diberi kesembuhan buat opah dan juga kesembuhan buat ayah ira, serta ketabahan & kesabaran buat keluarga ira dlm melalui ujian dr Allah ini

    ReplyDelete
  2. semoga opah dan abah ira cepat sembuh ye. banyak pahala anak-anak yang menjaga orang tuanya :)

    ReplyDelete
  3. Allahu...baca je pun rasa seriau dengan luka opah Ira. Insya Allah Opah dah dapat pahala niat ke sana, walaupun takde rezeki nak pegi.

    Moga mak Ira tabah menjaga abah.
    Setiap kesulitan yang kita rasa, pasti ada kemanisan menanti (paling pasti..ganjaran dari Allah bagi yg sabar).

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images