Cerita awal november kami..

Saturday, November 17, 2018

Assalamualaikum kawan2...

Semoga kawan2 semua sihat dan gembira serta berada di dalam rahmat Allah s.w.t
Lama x update blog, bln november pun da half way kan.. Maaf ye kalau ada kawan2 yg x sempat diterjah. Ada yg da baca entry tp tak sempat drop komen.. Ikut kesempatan yg ada..

Seperti biasa november bulan cinta.. Hahaha.. Sabar ye minggu depan.. Ceh..
Tapi ada org tu dia kata kalau kilang bukak, dia keje.. So tak pe la, kita ok kan aje. Lagipun xde plan nk kemana2, bajet pun x berapa nk ado.. Hehehe..
Diam2 duk umah da la ye..

Awal november hr tu, aku cuti 6 hari.. Haa.. Bkn main tu.. Bukan pegi bercuti ke mana2 pun.. Bercuti di kg halaman je. 1-2 Nov balik kg aku. Aku balik sendiri dgn anak2. Ye la kan.mggu tu mak cik aku p umrah, so aku da membayangkan yg mak aku mesti payah nak beli lauk punya. Last belikan lauk pd weekend hjg october. Kiranya bnyk kali la kami ni blk kg aku. Ini kali ke 2 balik kg 3 beranak je. Mencabar juga la dgn bdk2 ni. Masa beli lauk tu, nmpk ikan kembung dgn sardin lawa2. Sedap gak buat laksa ni. Then beli la 2 ekor kembung, 2 ekor sardin. Bnyk2 nnt sape lak nk mkn kan. Lps tu beli laksa. Ptg tu, melaksa la kami. Hehe.. Rupa2nya opah da lama teringin nk laksa. Kebetulan bunga kantan mak ada. Mmg sedang elok la kan.. Tak sangka la aku teringin tu, opah juga teringin. Mak kata da lama da opah suruh buat laksa, tapi mak kata tggu la sape2 balik nnt br buat. Mak aku x larat nk buat sorang, x sempat pn ye jgk. Walaupun balik 2 hr 1 malam je, syukur sgt sbb dpt jgk tlg apa2 yg patut.

Hari jumaat 2 nov, kami bertiga balik pj semula sbb malas nk menyusahkan en suami. Ye la kan, dgn jadual komuter yg x tentu, lps tu kejap kene nek mrt la, lps tu nek ktm semula.. So kita permudahkan je la urusan, balik la 3 beranak semula ke pj. Malam tu, kami gerak balik ke kg en suami pulak.

Sebab lama tak balik, so ada cuti deepavali hr selasa, kita amik cuti annual sehari. Dpt la lama sikit. Si kakak da ponteng dr 1 hb lg, smbg cuti deepavali sampai rabu. Syok la dia.. Anak buah en suami demam lama. Katanya ketegur@kene tegur..sbb bdk kecik tu dibawa masuk hutan.. Lps tu demam bertiga2 yg masuk hutan tu. Hr sabtu, bwk la berubat dgn ustaz di kuantan. So sabtu tu berjalan ke kuantan la kami.. Singgah umah pak cu n makcu. Lps makan malam, baru la gerak balik.

Ahad sampai selasa x ke mana2 pun.. Kami ke karak je hari isnin tu sbb nak cari brg utk si kakak pnya hari kanak2.. Tapi x jumpa pun apa yg dicari. Mak abah en suami pun tak berapa sihat. So kami bnyk duduk rumah je la.

Selasa ptg, balik ke pj semula..
Cuti da abes.. Haha.. Kejap je rasa 6 hari cuti, padahal nk menanti minggu nk cuti tu, terasa lamanya la.. Hahaha..

Weekend yg lepas(10 & 11 nov), duduk rumah saje la.. Hari sabtu ada perjumpaan ibu bapa dgn guru2 tahfiz kakak.. Alhamdulillah.. Maahad tahfiz tempat kakak belajar tu, jais akan ambik alih sepenuhnya.. Sebelum ni x berdaftar lg dgn jais. Bila jais ambil alih, senang la budak2 nk ambik periksa UPKK dgn PSRA. Kalau x, kene tukar sekolah kafa baru blh ambik exam. Semoga dipermudahkan segala urusan pihak sekolah.

Hari Ahad, aku batuk2. Tapi semacam je batuknya.. Aku rasa mcm nafas tersekat dan belakang ni bagai ditekan. Masak yg simple2 je. Bdk2 nk buat apa pun, ikut suka la. Aku nk tidur pun xleh, terlelap skejap je. Ye la kan, pernafasan tersekat. Bertahan tggu en suami balik. Cuaca pulak hujan ptg tu. Maghrib tu aku da xleh tahan. Nk bercakap pun x blh, ajak en suami pegi klinik berdekatan. Sampai kat klinik, nk ckp ngan doctor pn tersekat. Doc tnya aku ada asthma ke tak, aku ckp tak. Dia mcm x percaya. Masa kecik2 pun takde? Aku ckp la takde. Ambik nab tu aku rasa penah skali kot darjah berapa x igt. Tp takde la mcm adik aku kene guna inhaler tu.

So doc ckp aku diserang asthma. Dia suruh ambik nab. 2kali la kene amik nab. Budak pembantu doc tu ckp, saya dh agak dh, akak mesti kene 2x. Bdk tu kata amik nab ni x semestinya org semput, kahak bnyk pun kene ambik jgk nk bg bukak ruang paru2. Hr tu jgk baru tau paru2 kat blkg, bila bgtau doc yg blkg aku sakit mcm kene tekan.

Ni kali ke 2 dan paling teruk la aku rasa batuk ni. Tak tau la mcm mn blh dpt semput, tp keturunan mmg ada. Yg meninggal sbb semput pun ada. So xleh nk elak la. Cuma aku rasa sbb bdn aku makin naik, selalu mandi malam. Itu yg trigger ke arah semput. Skg ni angkat berat2 pun xleh, jalan lebih2 laju pun x blh. Huhu.. Air batu mmg pantang la.. Sakit wei kene semput. Baru aku tau mcm mana sakitnya. Gitu la opah tanggung setiap hari. Seksanya..

Hr ni, batuk2 masih ada lagi..
Harap semakin pulih la.. Buat masa ni belum try lagi inhaler. Tp doc ada la bagi dan sentiasa je la bwk p mana2.

Ok la da sampai stesen..
Ada masa update lagi..
Wassalam..

Layan ler gambar anak2 aku ye..

Ni masa balik 27 n 28 oct. Adik aku drive,dpt la aku snap gmbr bdk2 ni. Kebuluran mkn bihun. 

Ini diaorg berlakun main jual2 kat kedai makan 😂
Baru dpt mainan masak2. Niaga nasi goreng la, nasi lemak la.. 

Ini masa nak pegi pasar pagi. Bkn main ecah tu bergaya dgn beg hello kitty

Ini ahad masa aku semput tu. Sempat la bwk bdk2 ni g pasar pagi, naik rumah tercungap2. Tak sabar masing2 terus pakai baju br beli kat pasar pagi tu. 

Ini berposing dlm kereta, otw balik dr karak. Sambil dgr lagu, menyanyi pulak bdk berdua tu. 

Ini masa nak balik PJ. Bkn main make up si aisyah dgn kakak. Acunya la tlg make up kan. 


You Might Also Like

2 comments

  1. seronok dapat balik kampung, kami ni dah lama tak balik kampung ntah bila pulak nak balik lagi, konon nak bagi anak2 duduk kampung cuti sekolah ni, tapi dah nak sunat dorang tak jadilah kot duduk kampung agaknya ni

    ReplyDelete
  2. Penuh jadual sepanjang cuti ye Ira... tp tak per semuanya dapat pahala besar tu sebab jengah mak bapakkan ....

    Moga sihat sepenuhnya dan bebas asthma...Ha a selagi kita tak rasa sendiri mmg tak tau seksanya kena sakit ni kan

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images