Emas oh emas.. 🤭🤭

Monday, November 19, 2018

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat dan hepi selalu hendaknya..

Alhamdulillah.. Esok cuti, boleh rehat2. Hahaha.. Iyo la tu.

Hari ni waktu lunch setelah mendapat keizinan dr en suami dan puan bos, aku follow team mate pegi jalan T.A.R. Kitaorg da plan hr jumaat lepas, pegi hr ni sbb tak ramai ada kat opis. Eceh.. Haha..

Last aku ke sini masa bulan puasa.
Lama gak la x ke sini.
Tujuan kali ni nk ke kedai emas.
Mmg dari sejak aku masuk pos, team kami ni mmg suka part2 bagi hadiah ni.
Kalau ada team mate yg kawen, dpt baby, berhenti keje.. Mmg kitaorg akan buat collection. Walaupun department bagi, tapi team tetap akan buat collection gak. Aku antara tukang collect dan beli hadiah.

Antara hadiah yg kitaorg bagi bergantung pada bajet. Kalau collection bnyk, kami bagi emas. Biasanya kalau baby girl, kami bagi loket emas. Kalau team yg berhenti tu perempuan, kitaorg bagi cincin. Ada juga team mate yg kawen, kitaorg bg wife dia cincin. Bergantung pd rezeki masing2 la.. Kalau dpt baby time dpt bonus, syok la. Haha.. Biasa collection dibuat hari gaji, so ramai la yg bermurah hati. Dgn bos2 pun kitaorg mintak gak. Hahaha.. Dpt bos2 yg pemurah tu, skali utk 3 baby, selamba je bg sorang rm50. Bos kan.. Kami yg biasa2 ni, minimum rm10 je. Hehe.. Seikhlas hati masing2 la kan nk memberi. Ada je yg bg lebih. Kita appreciate team member. Sama2 kerja.

Ada juga kami bg telekung, barang elektrik. Utk yg berhenti atau kawen. Sekali lagi, bergantung pd bajet dan rezeki masing2. Kalau yg dpt baby boy, kami beli mainan. Ada juga yg kami bagi duit je sbb tak tau nk beli apa.. Hehe..

Berbekalkan bajet yg ada, dpt la beli seketul loket emas buat baby girl alif dan huda. Lupa pulak nama baby nya. Haha.. Bertuah betul mak cik ni. Hihi.. Rasanya baby dia da sebulan lebih. Lahir 8 oct 2018 yg lepas. Alif dgn huda ni, kawen 1 opis cuma lain2 team je. Alif team kami. Huda team lain. Kitaorg team member mmg tak sangka la diaorg ni couple berdua. Pandai sorok ye. Hari dpt kad jemputan tu, aku br masuk ofis, nmpk si huda ni edarkan kad. Dlm hati terdetik, dgn sape la huda ni kawen agaknye ye. Sbb dia penah ckp, dia xde boifren.. Dlm hati ckp, mesti dgn org luar ni, kot mak dia carikan ke... Lepas tu aku menuju ke tempat duduk aku. Eh ada kad jemputan. Igtkan huda bagi, skali tgk nama, alif azimi & pasangannya nurul huda. Eh.. Diaorg ni?? Lps tu apa lagi..menderu whatsapp group masuk. Masing2 terkejut. Diam2 ek diaorg ni. Tau2 nk kawen je.. Kitaorg igt Hazar la yg menjalankan diaorg berdua ni, sbb Hazar ni abg ipar kpd Huda. Hazar team mate kami jgk, best friend ngan alif. Rupanya tak.. Ada org lain yg menjalankan.. Org2 ni pun jenis simpan rahsia.. Sampaikan org sebelah dia pun dia x citer, haha.. Aku la org sebelah tu. Bila aku ckp ngan jiran sebelah aku, dia ckp, saya mmg da tau lama dah.. Ceh.. Haha.. Kami ni apa2 gosip biasanya lmbt dpt tau.
Kesian kan🤭🤭

Ok la.. Panjang la stori pasal diaorg. Haha.. Masa diaorg kawen thn lps, aku pegi je. Tapi rasanya x story kat sini kot. Hadiah diaorg aku la yg g beli. Masa tu bajet cukup utk beli sebiji vacum dgn blender jus. Apa ke namanya aku x igt. Rezeki diaorg la masa tu collection bnyk, dpt la beli yg best2.

Loket yg kami beli tadi, lebih kurang sama mcm loket anak aku. Loket anak2 aku pun, team jugak la yg bagi plus dgn bff pnya collection. Lama juga la tersimpan loketnya. Bulan puasa thn ni la baru dpt beli, pejam mata la maknya ni beli rantai emas utk anak2. Maknye punya kene main kutu lagi setahun la baru dapat kot. Ke tggu kutu ayah. Hahahaha.. Mahainya la emas skg ni. Halus je, tp hrganya.. Mak oi.. Tapi ye la kan, utk pelaburan jangka panjang. Itu je la harta yg nampak utk anak2 daraku. Simpan baik2 ye anak2. Kalau ibu takde, itu la kenangan yg ada. Huhu..

Walaupun aku ni bkn jenis yg suka sgt brg kemas, tapi aku xde la x suka langsung nk pakai. Sekadar ada je ok la. Nk tukar2 tu atau pakai yg besar2 ke.. Mmg tak la.. Fobia kene ragut. Aku kene ragut masa balik dr kerja dkt traffic light. Sedih sgt2. Sbb rantai tgn tu mak aku beli masa birthday aku. Mak aku keje kantin masa tu. Aku naik bas, nampak mak abah naik motor menghala ke sg way. Masa tu, aku terfikir jgk la.. Buat apa mak abah ke sana. Tapi x bajet lgsg diaorg g beli hadiah utk aku. Happy sgt masa tu dpt hadiah rantai tangan. Itu la yg pertama dan terakhir dr mak. Sbb skg mak x mampu nk belikan hadiah best2 mcm tu. 😭😭😭 Aku pun tak mampu nk bg hadiah kat mak rantai tgn emas mcm mak bg kat aku. Cuma aku dpt tolong tebuskan gelang emas mak masa mak gadaikan suatu masa dulu. Huhu.. Tetiba keluar cerita sedih plak. Haish.. Skg ni, ada seutas rantai tgn hadiah kawen. Alhamdulillah syukur. Esok genap 8 tahun. Hehehe..🤭🤭☺️☺️

Kami pilih yg kecik sket tu, yg kanan. Nmpk teguh sket. Lagi pun berat sket. Yg kiri tu ringan. Mcm anak aku, dia gigitnya buah rantai tu, mujur la x kemek. Harap2 anak alif x gigit la.. Hehe..


Ok la.. Da nak sampai stesen..
Ada masa aku bercerita lagi..




You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah..rezeki kawan2,memang dekat mana2 pun mesti buat collectionkan untuk bagi hadiah, cuma hadiahnya tu bergantung pada collectionlah kan.

    Tak tahu harga emas berapa dah sekarang ni sebab memang tak pernah jengah pun kedai emas hehehe...jangan kata nak beli kat anak dara mamanya ni pun takde pakai emas

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada officemate Ira yg dapat anak tu... ha a bagus jugak bagi emas sebab emas susah nak susut nilai, semakin berganda adalah...

    ReplyDelete
  3. Hakak pun tak delah jenis suka dgn barang kemas ni tp pakailah... Kena hati hati Ira dan banyakkan berdoa sebab org org sekarang ni macm terdesak sangat kekdahnya kan.... nak meragut je kerjanya

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat office mate baik-baik macam team Ira ni.
    oh ye, happy 8th anniversary. semoga berbahagia sampai bila-bila :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images