Suprise!!!! 🌹🌹🎂💖💓
Saturday, November 24, 2018Assalamualaikum semua...
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia hendaknya..
Erm.. Hr ni baru ada kesempatan nk update entry lagi. Hahaha.. Excited nk up entry pasal anniversary la cek nek nya.. Tapi sbb internet sendu.. Gambar pulak x abis edit, so lmbt sket la dpt up. Lepas tu time nk update waktu dlm ktm je. Ye la kan, waktu ni je dpt ngadap phone tanpa memandu. Tp tgk keadaan jugak. Kalau berdiri depan pintu plus ada ramai org, ada possiblity org sebelah baca draft entry ni. Ehehe. Hr ni dpt port baik, blh duduk. So kita mengarang la..
Amboi panjang mukadimahnya..
Alhamdulillah.. Masih diberikan rezeki utk menyambut anniversary yg ke 8 pada 20 nov 2018 yg lalu. Kami tak ke mana2 pun. En suami bekerja pada hari tu. So aku dgn anak2 duduk umah je la.
Si dia yg tercinta request nasi ayam. Breakfast dia nak bihun goreng. Ok, pagi2 tu memasak la isteri solehah dia ni.. Dia nk bawak bekal bihun goreng. Siap as per request. Siap dgn telur mata lagi.
Tengahari, masa anak2 sibuk main.. Aku mula la memasak. Google jugak wp da beberapa kali buat nasi ayam. Hahaha.. Biasa la tu bila x confident kan. Mujur la xyah nk ke kedai beli barang basah. Semua si dia yg tercinta da beli siap. Aku masak je la. Siap masak dekat pukul 1 jugak. Haha.. Sbb tu la malam dia yg masak, sbb aku ni slow motion kalau masak. Dia pantas dan cergas.
Petang tu menunggu la aku, apsal dia tak balik2 ni. Da pukul 6.30 kot. Memula aku igt sbb ot hr selasa, so balik mcm waktu kerja biasa la. Lps tu dia wassap bgtau yg tayar kereta bocor, dia g tampal jap. Ok la.. Reason accepted. Tunggu lagi, da azan maghrib tak sampai lagi. Aku tnya dia, x balik lg ke, da maghrib ni. Dia x reply. Bila tinjau kat tingkap, nmpk dia baru masuk parking. Alhamdulillah..
Seperti biasa, bila en suami balik, kita kemas la apa2 yg patut. Walaupun da sapu 5 minit yg lalu.. Kene la sapu lagi.. Kemas mainan budak2 ni. Da xde tempat lain nk memasak, depan tv aku jugak dia nk masak. Sabar je la. Kang x kemas, si ayah bising. Sambil menyapu, hati tu mcm nk merajuk. Haha.. Ye la kan menunggu org tu wish happy anniversary sepanjang hari.. Tapi xde. Mana tak muncung tu nk muncul je kejenya. Diri sendiri xnak memulakan dulu.
Bila si dia bukak pintu, dia senyum2 simpul. Sorok sesuatu kat belakang dia. Si kakak da speechless.. Cuma terlompat2 je. Aku?? Senyum tapi macam xnak senyum sbb nk merajuk. Hahaha.. Ego kan.. Kak long kawasan mmg mcm tu.. Bila dia masuk rumah, dia hulur jambangan bunga sambil ckp.. Happy Anniversary My Dear.. Haaaa.. Tak tau nak react mcm mana.. Kak long kan.. Bukan jenis terlompat2 or menjerit excited.. Tapi dlm hati punya la berbunga.. 🤭🤭🤗🤗 Malu pun ada.. Segan.. 🙈🙈Hahaha..
Si aisyah ckp.. Ibu, tawen la dengan ayah.. Ibu nak tawen ke?? Haha.. Adik tau ke tawen tu apa.. 🙊🙊 Takde ucapan lain selain dr terima kasih. Terharu dibuatnya dpt suprise mcm tu.. Lepas solat maghrib, dia bwk keluar kek siap dgn lilin bagai. Da mcm besday aku pulak.. Aisyah la tukang tiup lilin. Lps tu berebut2 nk potong kek. Sedap kek red velvet tu.. Lps tu makan malam nasi ayam la..
Alhamdulillah..
Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kurniaan yg diberikan.
Terima kasih suamiku azizul abdul aziz.
Terima kasih kerana sudi menjadi pelengkap diri ini yg serba kekurangan.
Semoga kita kekal bahagia sampai syurga..
Aamiin..
![]() |
| Berselera bdk berdua ni makan.. |
![]() |
| Excited anak2 nk potong kek. |
![]() |
| Kami yg semakin membesar.. Aku la makin nmpk berisinya |
![]() |
| Masing2 nak bergaya dgn jambangan bunga ibu. Posing da mcm pengantin aku tgk. |
![]() |
| Puteri2 kami.. Penyeri hidup kami.. |
![]() |
| Ada gaya Tan Sri dgn Puan Sri tak? Haha.. |
![]() |
| Aha.. 🙈🙈🙊🙊🤭🤭🤗🤗 🐜🐜🐜🐜🐜🐜 Tetiba ada 🐜🐜 kat skrin ye. Hahaha.. |









2 comments
Alhamdulillah dah 8 tahun..Moga terus mendapat barokah dan rahmat dari Allah. bahagia dan berkasih sayang hingga ke dalam syurga.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteAamiin..
Terima kasih atas doa kak lah buat kami. Ira doakan kak lah dan abg mi juga sentiasa mendapat barokah dan rahmat dari Allah, bahagia dan berkasih sayang hingga ke dalam syurga. Aamiin..