Khidmat terakhir untuk Opah..

Friday, December 07, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga semuanya sihat, bahagia dan ceria
hendaknya..
Semoga kita semua berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa.

Tak tau nk mula macam mana..
Tetiba pening pulak kepala nk menaip entry kali ni..

01 dec 2018, jam 09.05am, Opah telah kembali ke pangkuan yang Maha Esa. Pemergiannya sangat mudah berdasarkan apa yg diceritakan oleh mak aku. Alhamdulillah.. Anak2 dan cucu2 berada di sisi ketika saat2 akhir hayatnya.. Cuma aku dan adik no 4 tak sempat bersama2 utk bantu opah. Mak cerita, masa opah tgh nazak, mak suruh anak2 dan cucu opah teruskan membaca surah yaasin, al mulk, ad dukhan.. Tapi mak kata mak baca surah ad dukhan x sempat abis, opah dah xde.. Mak kata 1 surah lagi, surah ar ra'du. Sedikit ilmu yg mak belajar, mak dpt apply kan. Ralat sangat bila aku tak dpt turut serta.

Aku sampai kat hospital, terus jumpa mak. Peluk mak. Sambung nangis. Tadi nangis dlm kereta masa dpt berita opah dah takde. Tgk disebalik tirai, nurse tgk uruskan jenazah opah. Lps tu adik aku dtg, dia ckp kita tggu kat forensik utk tuntut jenazah dan segala dokumen yg perlu. Sampai kat forensik, kami berpecah. Aku gerak balik utk ambik kain batik lepas kat rumah mak. Mak abah naik van sekali dgn jenazah.

Mak suruh aku beli tuala utk lap jenazah lps mandi nnt. Aku ni niatnya nak cari kain yg lembut. Ye la kan, xnak sakitkan jenazah. Tuala yg lembut jenis napkin tu, mudah serap air. Lps tu kami g makan kejap. Selesai makan, jenazah pun sampai.

So terus je la ke masjid. Mak nak waris mandikan, ustazah tlg tunjukkan apa2 yg patut. Sayu bila tgk jenazah opah.. Wajahnya mcm sedang tidur je. Moga2 opah bahagia disana. Pelan2 kami mandikan opah.. Itu lah khidmat terakhir kami utk opah. Lepas mandi, kafan kan. Inilah kali pertama aku turut serta dlm pengurusan jenazah ahli keluarga.

Sedang elok je, selesai kafan.. Waktu zohor pun masuk. Terus je la kami bersiap utk solat zohor dan lepas tu solat jenazah. Sementara menunggu utk ke tanah perkuburan, kami sekeluarga baca yaasin. Anak buah aku zawir nk baca juga. Aku suruh dia baca al fatihah je bnyk2 kali.

Alhamdulillah urusan pengkebumian selesai sebelum asar. Segalanya dipermudahkan dan cuaca pun mendung je. Tak hujan dan tak panas.

Kesedihan menyelubungi kami sekeluarga..
Terutamanya anak2 opah..
Aku sebagai cucu sulung pun terasa kehilangan juga.. Ye la kan, dulu2 aku selalu duduk kg masa cuti sekolah. Ikut opah pegi kenduri, pegi kedai.. Tidur dgn opah..

Bila da kawen dan ada anak, aku jarang dpt sama2 dgn opah. Tapi aku bersyukur sbb dpt juga mandikan opah masa balik kg 18hb nov hr tu. Dpt masakkan laksa utk opah. Ambikkan wuduk opah, tukar pempers opah.. Rupa2nya itulah khidmat terakhir aku pada opah semasa hayatnya. Cuma aku ralat sangat2 sbb tak balik malam opah sakit dada tu. Ralat sangat2. Bila terkenang ayat bucu, opah sebut nama anak2 dia tak dtg.. Bila terkenang ayat mak.. Abah ajak pegi tgk opah malam tu, mak ckp.. Kita nak pegi naik apa bang..
😭😭😭 Allah.. Abah yg dah tak ingat sgt tu pun boleh ajak mak tgk opah.. Mmg aku sangat2 ralat.. Iye la kan.. Itu bahagian aku, Allah dah takdirkan kami adik beradik ada sebab masing2 knp tak balik malam tu jugak.

Sedih juga bila kain tuala yg aku pilih kain yg lembut utk lap jenazah opah tak boleh pakai. Alasannya sebab ada gambar kartun. Allah.. Terasa jahil sgt aku pd waktu tu. Cepat2 aku igt kata ustaz, tak apa buat salah. Kita buat salah, ia menjadi ilmu buat org lain. Masa aku nk g byr tu, aku da ambik tuala yg plain, tapi aku pegi tukar sbbnya aku nk yg lembut. Yg bulu2 tu kdg2 tak telap air dan ada yg kasar. Next time kene la ingat, cari kain tuala plain.

Hari ni, genap la seminggu pemergian opah. Semoga opah tenang dan bahagia di sana bersama arwah suami, arwah anak sulungnya dan arwah adk beradik opah yg terlebih dahulu meninggal dunia..

Al Fatihah...

Pusara opah 

Dalam kenangan

Raya terakhir kami bersama opah

Sunyi..
Pak ngah kata kucing opah pun mcm tahu je opah dah xde, kucing opah termenung.. 

Tenang lah opah di sana.. Moga bahagia disyurga Abadi.. 


Mohon sedekahkan Al Fatihah buat opah..

Terima kasih ye kawan2.. 
Wassalam... 

You Might Also Like

2 comments

  1. Takziah kepada Ira dan keluarga. Semoga arwah opah tenang di sana. Akak pun dibesarkan oleh opah di kampung sampai darjah 6

    ReplyDelete
  2. Salam takziah...moga arwah opah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & beramal soleh.

    Alhamdulillah...dapat berkhidmat juga pada hari2 terakhir arwah, rezeki tu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images