Cerita anak2..

Wednesday, December 19, 2018

Assalamualaikum kawan2..
Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan gembira selalu hendaknya..

Sedar tak sedar, hari ni da 19 dec.
Cepat betul masa berlalu. Tanda akhir zaman.. Waktu berlalu dengan cepat..
Akhir2 ini juga.. Bnyk juga dgr berita kematian.. Lepas sorang.. Sorang.. Mlm td jiran kami.. Kita tak tau bila turn kita kan.. Semoga kita semakin memperbanyakkan amalan..

Rasa lama x menulis, tapi tak tau apa nk tulis. Hehehe.. Mood agak ke laut..
Minggu ni si kakak ikut mak lang balik kg pahang. Seronok betul la dia. Mulanya mcm xnak balik sbb abg adam dgn adrien xde, lps tu berubah fikiran pulak dia. Buku pun tak nak bwk balik kg. Tak pe la, kasi can dia enjoy 1 week, 2 minggu sebelum ni ada program kat tahfiz. Kalau dia x ikut mak lang balik, aku plan nk htr dia join program kat masjid. Ye la kan.. Dpd duduk saje je.. Baik dia isi masa lapang dgn program2 ilmu.

Acu ngan acik nya rajin la share apa aktiviti kakak. Seronok kakak ada yg melayan. Si aisyah pulak tggl sorang. Kebosanan dia.. Dia je kene pegi rumah nenek pengasuh. Hehehe.. Masa ambik dia semalam, dia ckp, aisyah sorang ke kena balik? Ye la aisyah je. Mujur la kat rumah nenek tu ramai cucu2 nenek. Ada la kawan dia. Kalau ikutkan aisyah, dia nak je ikut mak lang balik. Tapi ibu yg tak bagi. Nnt malam2 nangis susah pulak.

Alhamdulillah, aisyah dah berhenti bf sejak minggu lepas. Huhu.. Payah jgk nk wean off dia ni. Aku baca entry sorang blogger ni, dia guna asam jawa. Aku pun try la.. Memula x sampai hati, sbb dia tgh nangis sgt2.. Lps tu bg sblh lg. Tp bila dia tau sblh tu x masam, dia nak. Adui xleh jd ni.. Then aku letak dua2. Bila dia nk menyusu, aku bg sblh yg dia igt xde tu.. Bila dia hisap, dia rasa pelik. Berkerut dahi, siap tnya.. Ibu letak apa ni? Ibu letak inai😆😆 dia x suka inai sbb dia geli kot tgk lembik2 tu.. Asam jawa tu nmpk mcm inai agaknya. Lps tu terus dia xnak dah.. Sian jgk kat dia, tp dia da besar.. Da 2 tahun 10 bulan.. Skg ni kalau dia nk tdo, dia minta buatkan susu.. Ibu akan peluk dia bg dia lena.. Rindu berkepit dgn anak.. Tp nk buat mcm mana kan.. Terpaksa la.. Cuma pempers je x stop lagi. Ada jgk la cuba2. Tapi ada yg terbabas. Ibu dgn ayah x kuat semangat. Hehe.. Letih nk mengemop. Tu yg bg pakai pempers lg tu.
Harapnya lps ni blh benti pempers pulak la.. Hehe.. Jimat sket duit pempers. Kan ayah kan.. 🤭🤭

Budak2 ni bila berjauh2an pandai pulak rindu2.. Bila dekat ada je benda nk digaduhkan. Sabar je la.. Mujur la zaman skg ni blh video call, voice message.. Hilang la rindu tu kan.. Zaman aku duduk kg sama arwah opah tu, merindu je la.. Tak boleh nk communicate. Tabahkan hati. Pada masa yg sama enjoy la cuti sekolah kat kampung. Petang2 tggu abah dtg. Tak muncul2.. Sedih tau.. Bila adik aku da besar sket, dia pn sama kene duduk kg. Ok la sket ada kawan.. Tapi yg seronok duduk kg, tiap petang opah mesti buat kuih. Ada je menu minum petang. Sampai la aku dewasa, mmg opah rajin buat kuih. Bila dia sakit je, dia x buat da. Da x larat.. Tp cucu dia ni x mengikut pulak.. Hehe.. Cucu dia pemalas sikit, sbb tu x pandai. Ye la, aku rasa br je masak, ptg nk masak lg.. Tp perut tu reti pulak lapar ptg2.. Bila en suami balik, dia masak megi, laju je aku bedal 😆😆

Anak2 aku, x pemakan sgt. Diaorg makan, tp xde la bila hidang licin.. Ada je la yg x abis. Mungkin sbb ibu dia x berapa pandai masak. So x berapa best la.. Hehe.. Tapi aku peratikan budak2 ni, kalau balik kg tu, bkn main lg request kat wan dia mcm2.. Si aisyah tu pun da pandai memuji masak sedap ke tak.. Minggu lepas, masa makan tghari, dia cakap.. Sedapnya wan masak.. Aisyah suka.. Mmg habis la dia makan.. Air tgn mak kan.. Kalau aku pun makan bertambah2. Si aisyah x penah puji ibu masak lg.. Kakak selalu la.. Hahaha.. Ayah dia... Belum rasa da puji sedap 🤣🤣 perli ke takut bini xtau la.. 😜😜

Huhu.. Bnyk lagi nk cerita ni..
Tapi nanti la bercerita lagi..
Ok la.. Aku kene stop skg..
Jmpa lagi di lain entry..
Wassalam..

Ni masa kami tinggal bertiga je kat rumah. Ayahnya pegi stadium tgk bola. Sesekali bg chance kat ayah layan bola kat stadium

Ni masa kakak nak balik kg dgn mak lang.. Budak kecik tu igt dia blh ikut skali.. Hehehe.. 

Ini masa dia boring la.. Nk rambut elsa la dia.. 


You Might Also Like

4 comments

  1. budak2 biasalah bila berjauhan pandai mencari.. hehe.. xtau la mcm mana rupa baby ejulz dah besar nanti. mesti mcm tu jugak.. hhe

    ReplyDelete
  2. Anak-anak gitu lah. Esok dah besar rindu masa dia kecik 😆

    ReplyDelete
  3. anak2 macam tu lah kan bila berjauhan rinduan, bila berjauhan bercakaran pulak. memang seronok anak2 kalau duduk kampung sebab ramai yang melayannya

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images