2019 : 1st Entry for this year..

Sunday, January 06, 2019

Assalamualaikum kawan2 semua...

Semoga sihat dan ceria sentiasa hendaknya..
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah sepanjang masa..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang utk bernafas dimuka bumi Allah ini, merasai peralihan tahun 2018 ke 2019..
Semestinya banyak kisah suka duka sepanjang tahun 2018 masing2 kan.. Termasuk la aku.. Tapi hari ni tak de entry flash back kot.. Cuma nk share cerita yg belum diceritakan lagi di sini sbg kenangan..

Pd 29hb 12 yg lepas, Alhamdulillah.. kami sekeluarga telah selesai mengadakan majlis tahlil dan bacaan yaasin buat arwah2 ahli keluarga yg telah pergi terlebih dahulu. Majlis diadakan di masjid ulu rening, kat rumah opah. Majlis diadakan selepas maghrib. Lps isyak ada makan2 sikit. Menu pd hr itu, ayam masak kari, sayur goreng, ikan goreng, ikan masin goreng, ulam2.. Masak yg simple2 je sbb kakitangan x ramai. Jemaah lelaki ramai la jgk. Yg perempuan x ramai sgt. Budak2 ramai. Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar.

Lepas kemas kawasan masjid, kami gerak balik. Mak abah tak join pun. Sedih je rasa. Tapi nk buat mcm mana kan, terpaksa la teruskan jugak. Mak cik dan pak cik aku sblh mak dan abah ada turut serta, lega la juga. Sepupu aku pun ada sama..

Malam sebelum adik2 aku balik, kami celebrate birthday mak. Birthday mak 31hb 12. Masing2 nk balik mlm tu, so terpaksa la mak potong kek walaupun da tarik selimut. Hehe.. Tahun ni xde celebrate makan2 kat luar. Dulu2 selalu jugak kitaorg berkumpul celebrate kat luar dgn arwah opah. Besday opah bln 12 gak. Tahun ni berkumpul masa majlis tahlil je la.

Hari Ahad, pagi tu tlg mak cuci bekas2 yg digunakan majlis malam tu. Adik aku tlg mak simpan semula semua bekas2 tu. Tak dpt tlg mak sgt sbb aku pun x larat. Lepas zohor, kami bersiap utk gerak balik. Tapi tak balik rumah pun.. Abg ipar call en suami ajak pegi rumah mak cik dia. Aku follow aje.

Sepupu en suami plan celebrate besday husband nya. Semua yg lahir bulan 12 potong kek skali la. Mak cik dan suami sepupu en suami lahir pd tarikh yg sama 30 dec. 4 org yg tiup lilin hr tu, mak cik, ijam, kery dgn abah mertua. Sedap mee kari mak cik buat. En suami siap suruh tapau mee kari lagi. Mak cik bungkuskan skali gulai nenas ikan masin, kuih koleh kacang. Sedapnya gulai ikan masin tu. Bau nye menggoda.. Hehe.. Memula mcm malas bungkus, tp da mak cik yg bungkuskan, kita amik je la. Rezeki jgn ditolak. Mak cik kata, nnt awk balik xpayah masak da. Hehe.. Terbaik la mak cik. Selalu kat rumah, en suami yg masak. Hihihi..

Lepas makan2 dirumah mak cik, kami follow FIL singgah Melawati Mall. Dekat melawati mall bwk budak2 pegi main ride didi n friends. Acik kery belanja. Lepas maghrib kami bergerak balik ke rumah.

31 Dec aku cuti, berehat kat rumah je la. Tp x rehat sgt pun sbb anak2 x htr pg umh pengasuh, so mcm biasa la kan melayan diaorg. Mcm2 kerja dibuatnya. Sabar je la.
Cuti tahun baru kami x ke mana2. Membersihkan rumah. En suami kemas bilik, ubah suai kedudukan brg dlm bilik. Aku pulak filter mana2 baju yg x pakai. Seharian berkemas je la keje kami. Hehe..

Layan gambar yg ada..

Gambar kat masjid sblm majlis bermula

Naik ride didi n friends di MM

Kek besday Dec babies

Ok la itu je cerita end of year kami..
Citer bdk sekolah later ye..
Semoga kita semua dpt memperbaiki apa yg kurang sebelum ini dan meningkatkan amalan dan perbanyakkan amal kebajikan berbanding tahun sebelumnya..

Wassalam..

You Might Also Like

6 comments

  1. salam new year 2019. semoga dimurahkan rezeki sihat sentiasa dan heppi selalu =)

    ReplyDelete
  2. Salam new year 2019 siti.. Semoga siti juga dimurahkan rezeki, sihat dan happy selalu..😘😘

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...majlis berjalan lancar,disamping buat tahlil dapat juga menjamu orang makan kan.
    Alhamdulillah semua pun dipermudahkan, dan semoga semua yang menyambut hari lahir diberikan umur yang berkat dan sentiasa dalam rah Allah swt

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. alhamdulillah, kenangan terindah untuk diabadikan kenangan kita ^_^

    ReplyDelete
  5. Alahamdulillah selesai sudah tahlil sebagai hadiah utk mereka yg telah pergi.

    Yg hidup kena teruskan kehidupan kan Ira. Besday kenalah di celebrate hihi... kek aiskrim tu... mcm sedap je

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images