Check in kg wan noraini 🏡
Friday, December 28, 2018Assalamualaikum kawan2 semua...
Semoga kawan2 semua sihat dan gembira selalu..
Hari mula bekerja setelah 4 hari bercuti..
Itu pun aisyah da mula xnak pergi rumah nenek. Ye la kan, seronok ibu ada kat rumah. Ramai yang sambung cuti sampai tahun depan. Aku malas sambung, nk jimat cuti.. Hehehe..
Alhamdulillah, cuti 4 hari ni kami balik kg en suami. Balik hr jumaat malam. Alhamdulillah, jalan x jem.. Tp kul 12 jgk la sampai. Gerak lepas isyak + berhenti makan dulu.
Hari sabtu, kami keluar cari barang2 sekolah si kakak. Beli beg sek kebangsaan, baju sekolah, tudung, stokin dan kasut. Alat tulis x beli lagi. Disebabkan kakak pegi sek kebangsaan dari rumah nenek, so semua persalinan kene cukup utk 5 hari la. Baju beli sepasang je, lain pakai baju lama. Kasut hitam sepasang je la, lg 2 pasang kasut putih yg lama. Itu je da cecah rm150. Korek tabung la ank nak bukak sekolah ni 😅😅 bonus hjg tahun da lama xde.. Demi anak2.. Kita usahakan la yg terbaik kan.
Hari Ahad.. En suami ajak pegi jengka wonderland.. Mcm alice in wonderland pulak ye.. Hehe.. Jengka wonderland ni baru je buka 1 Dis 2018 yg lepas. Da alang2 cuti, try je la. Pagi dlm pkl 8 lebih kami gerak. Sampai dlm pkl 9 lebih.. Ramai org kat kaunter nk beli tiket. Adik ipar turun g beli tiket, kami cari parking. Pegi 1 kete je. Masa plan2 nk pg mandi kolam tu, acu budak2 ni cadang, beli je la kolam kat diy tu, mandi kat umah wan.. Lps tu pak long menyampuk, mandi kolam mcm tu x dpt la nk berendam skali.. Org nak mandi kolam jugak😅😅 yg dewasa pn excited, ni pulak la anak2 kan..
Masuk dlm tu, environmentnya sebijik mcm kubang gajah. Cuma lebih besar dan bnyk kolam. Tapi gazebo dah full, so cari meja2 batu je la utk duduk makan. Dpt port yg ok, kami sarapan dulu. Lps tu baru la mandi kolam. Anak2 dah tak sabar, makan pun x lalu.. 😅😅 Mak abah mertua tggu kat meja batu je.
Boleh dikatakan semua kolam kami try, lepas tu menyusuri terowong air ada la 2-3kali. En suami suruh aku dan aisyah duduk atas pelampung je, dia tolak kami.. Airnya x bergelombang mcm kat gambang tu. Tapi ok la.. Best la jugak. Aku tak main gelongsor air kali ni. Adik ipar je bwk anak2 aku main gelongsor. Hehe.. Mujur ada acu dan pak long melayan diaorg. Ibu duduk tepi kolam je.
Dekat nk zohor tu, aku pegi tukar baju dulu. Jenuh juga beratur.. Kalau aku lmbt sket, mau la pengsan aku dlm tu sbb org ramai kat bilik persalinan tu. Selesai tukar baju, kami semua bergerak balik. Sblm tu beli ais kepal milo dgn mango float. Sedap la kena air batu waktu panas2 tu kan..
Hari Isnin pulak.. Kami ke bandar temerloh.. Bnyk urusan kami hr tu. Memula ke JPJ, abah mertua nk buat penukaran hak milik kereta dia, tapi tak boleh proceed lagi sbb kene buat pemeriksaan puspakom dulu. Nk buat terus, keretanya tak bawa, so nnt la dulu. Kitaorg pn xtau procedure. Pergi tu br nak tnya procedurenye la.. Masa aku tukar nama dlu, salesman yg uruskan. Itu yg xtau kene bwk puspakom dlu. Igtkn tukarnama anak beranak xyah kene inspection puspakom. Hehehe..
Lps ke JPJ, kami ke bank BSN. Nk tuntut khairat kematian BRIM arwah opah. Tapi.. Tak boleh proceed sbbnya takde sijil mati yg original. Ini nnt ada masa aku citer lagi kalau da berjaya menuntut ye. Lps BSN, kami ke Tabung Haji. Keluarkan duit kakak rm500 utk simpan kat sspn.dgn keluar duit aku la.. Korek tabung anak nk bukak sekolah.. Hehehehe.. Ramai gak la org kat tbg haji tu.. Sabar je la menunggu..
Seterusnya kami ke kaunter ptptn. Situ pun ramai org jgk.. Mujur la dpt duduk. Da last minit br bukak akaun sspni plus utk anak2.. Utk kakak simpan 500, sbb nak dpt percuma 500. Utk adik simpan 100 je. Tapi monthly simpan rm50. Pejam mata je la kan.. Utk anak2.. Sspni plus ni ada pelindungan takaful pd pendeposit. So kalau apa2 jd kat kita, ada la something utk anak2. Kalau sspni biasa ada juga, tp jumlahnya ikut simpanan kita ada berapa darab dgn 2. Digandakan je la. So ok la utk en suami yg xde ambik apa2 insurans or takaful. Lps 3 tahun br blh bwk keluar duit yg kita simpan tu. Cuma duit yg free tu xleh keluar lg kot, sampai ank umur 18. Kalau x silap aku la.. Hehe.. Yg dpt free 500 tu sampai hjg bln ni je. Itu pun utk anak 7 tahun ke atas. Setel urusan kat ptptn, kami bergerak balik..
Mlm tu hujan lebat. So tak kemana2 la kami.. Hari selasa, bersiap2 utk balik.. Kami balik lepas zuhur. Alhamdulillah perjalanan lancar je. Disebabkan adik aku kirim buah berangan, so kitaorg singgah kg aku dulu. Tetiba pulak dia teringin buah berangan, sebelum aku blk phg dia da kirim. So layan je la. Sblm sampai kg, singgah klinik dlu.. Buat apa? Nnt la kita cerita ye. Hehe..
Malam lepas isyak baru la gerak balik pj. Si kakak nak tinggal umah wan saadiah pulak. Katanya tak penah lg tggl kg wan. Bkn main aisyah membodek ajak kakak balik, tapi kakak xnak. Tak pe la, nnt ahad kakak ikut la kita balik. Gitu la anak2 ni, bila jauh bau 🌹dekat bau 💩.. Hehe.. Asik nk bercakaran je. Pening ibu dibuatnya.
![]() |
| Sekitar Jengka Wonderland. Aku x amik gmbr bnyk pun sbb masuk air kan. |
![]() |
| Ni masa pegi brg sekolah kakak. Gigih nak tiru gaya kartun kat dinding tu, bising suruh ibu amikkan gambar 🤦♀️ |
Ok la..
Itu saje cerita cuti 4 hari..
Hari ni last day keje. Sambung cuti 5 hari lagi. Tapi xdpt la nk rileks, anak da start sekolah ye tak. Apa2 pun.. Harap anak2 happy..
Wassalam..




3 comments
wahhhh....dah ada Jengka Wonderland! baru akak tau ni :)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baharu 2019 Ira. Semoga dimurahkan rezeki & tercapai azam tahun 2019.
Aaminnn....
Alhamdulillah dapat balik kampung jumpa mak abah.nampak best juga jengka wonderland tu mesti seronok anak2 bermain air
ReplyDeleteSelain dpt balik kg tgk orang tua dapat gak bergumbira ye Ira... Hakak dah lama tak mandi water park mcm tu. Sebabnya anak anak dah tak de yg excited.
ReplyDeleteTulah tu kalau pi Water Park mcm tu yg malasnya nak tukar baju kan... nak solat lagi. Leceh sebab ramai!
Untunglah kan Ira ada anak bawah 12 tahun, bukak akaun SSPN dpt duit Rm500.