Tetamu Kecil : Hadirmu membawa kegembiraan...
Wednesday, January 30, 2019Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Semoga semuanya sihat dan gembira serta sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t
Alhamdulillah.. masih diberi peluang utk bernafas dimuka bumi Allah lagi..
Merasai nikmat yang tak ternilai harganya..
Berat jemari ini untuk menulis, tetapi demi sebuah pengalaman dan kenangan
yang sangat bermakna dalam hidup ini, aku coretkan disini sebagai kenangan terindah kami.
Pada awalnya aku terlalu excited untuk berkongsi berita gembira ini di blog, tetapi aku sabarkan diri.
Namun, siapa yang menyangka, ujian Allah datang menduga.. gembira bertukar duka..
Tetapi aku Redha.. ini adalah ujian Allah yang aku amat mengharapkan pahala daripadanya.
Aku yakin Allah memberikan yang terbaik buat kami..
Seperti biasa, setiap bulan, akan aku catatkan tarikh mula dan tamat period setiap bulan.
Dan Nov 2018 adalah period terakhirku..
Apabila dec 2018, cik period tak kunjung tiba, lewat seminggu, aku da merasakan sesuatu.
Aku bgtau en suami. Dia mcm biasa, suka mengusik aku.
Tanpa pengetahuan dia, aku beli Pregnancy Test.
Masa anniversary nov 2018, aku ckp ngan dia, aku nk honeymoon kat mekah. dia ckp ada bajet ok la. aku ckp, utk ibadah kita usahakan lah.
Lps tu aku tnya dia.. ke.. abg nk tambah baby baru? lps tu dia ckp dia nak beli motor baru.
aku ckp la, kdg2 balik umrah rezeki murah, dtg rezeki x disangka2. lps tu dia ckp aah..
aku ckp lg, rezeki anak pun kita x tau jugak, boleh juga dtg rezeki x disangka2.
Dan Allah Maha Mengetahui dan sebaik2 perancang, dalam kami berangan2 dgn angan2 sendiri, Allah hadirkan tetamu kecil buat kami.
Tanpa pengetahuan en suami, aku buat upt kat rumah.
Hati ni berat mengatakan ada rezeki kali ini.
Alhamdulillah.. double line muncul.
Aku letak upt kit tu kat atas rak buku, dgn harapan en suami perasan la. ceh..dia tak perasan rupanya. sampai la aku ckp, tgk la atas tu betul2.
dia tgk dan senyum lebar nak ada org baru dalam hidup kami.
![]() |
| Ini je kenangan dgn adk baby... Gmbr scan xde |
![]() |
| Kakak2 yg syg adk baby... |
Cuti Krismas, kami balik kg. Tapi tak cerita dgn family lagi.
Hanya kami berdua je yang tahu. On the way balik dr pahang, kami singgah klinik.
En suami ajak confirmkan. Doc ckp waktu scan da ptg, tapi tak pe la boleh la.
Dia suruh aku minum air sebotol utk bg pundi kencing penuh.
Bila da rasa nk buang air kecik sgt2, bgtau doc. Doc scan dan doc ckp, confirm mengandung. Kandungan dlm rahim dan cyst pun xde. Cuma buat masa ni, kantung je nampak.
Dtg lagi 2 minggu utk repeat scan. Masa tu ikut kiraan, 6minggu.
Lps g klinik, kami singgah umah mak aku.
Si kakak yang terlalu excited, tak sabar2 cerita dkt wan.
Siap tnya aku lagi, ibu da bgtau wan ke yg ibu mengandung?
Adui.. Mak pun tnya la, ye ke? Sbb mak pun tak berapa faham bila si kakak tnya kantung tu apa?
Aku bgtau la. Aah, tadi pegi klinik, nk confirmkan.
Mak ckp, Alhamdulillah. Harap2 kali ni, lelaki la.
Tapi kalau tak dpt pun tak pa. Yg penting didik anak betul2 supaya jd anak solehah,
inshaaAllah di akhirat nnt kita dgn Rasulullah rapat mcm ni, sambil rapatkan jari telunjuk dan jari hantu.
Kebetulan, adik aku mengidam nk buah berangan. tetiba dia up status, patut la mengidam nk makan buah berangan, nak ada org baru.. haha.. dia pulak yg mengidam.
aku x mengidam apa2 pun. En suami je ada mengidam nk makan steamboat. Tapi restoran yg dicari tu dah takde kat aeon shah alam. Lenkali je la aku ckp ngan dia. hehe.. beriya pulak dia mengidam tu. Kalau dia kene morning sickness ok jgk kan.. hehehe..
Alhamdulillah.. pregnancy kali ni, morning sickness tak berapa sgt.
Tgk makanan mcm x selera je mula2, tapi habis gak aku makan.
Selera makan mmg ada je la. Tak muntah2 mcm yg sblm2 ni.
So aku mcm biasa je la. Cuma beringat2 juga dan hati2.
Bila org offer tempat duduk or tanya pregnant ke.. laju je aku angguk.
Takde malu2 da.. ye la kan, tak larat berdiri. Aku tak bgtau kwn2 opis lagi.
AKu cuma share dgn ahli keluarga je.
Masa buat majlis tahlil opah, si kakak dgn aisyah la bnyk bukak cerita. si kakak ckp dgn mak ngah dia.. bulan 8 nnt, lega la kakak, tak payah gaduh dgn aisyah. kakak nak dpt adik lagi 1.
Aisyah pulak, dok ckp dgn mak uda dia.. Aisyah suka baby. Mak uda dia tnya, aisyah ada baby ke? Laju je dia ckp, ada dlm perut ibu.. Sambil tunjuk ke arah aku.
Mak uda dia pun terus la tnya, betui ka?? haha.. ibu pun mengaku la kan.. Dgn mak ngah diaorg pun gitu gak. akak, akak pregnant ke? aimy ckp.. bla..bla.. then, berterus terang lah..
Ternyata.. semua org excited.. dengan family in law, ibu la bgtau sendiri.. Ye la kan, apa2 hal.. takde la terkejut.
2 Jan 2019.
Masa bukak sekolah, kami cuti. En suami ajak bukak buku pink. ye la kan, alang2 cuti. Masa tu kandungan baru 7mggu 3 hari.. Bukak buku kat Klinik Kesihatan Taman Medan.
Mcm biasa ramai org. Layan je la. Tiba waktu nk scan, ibu excited nk tgk baby. Tapi... terasa ada sesuatu yg tak kena.
Doc masih nampak kantung je. Nmpk mcm kuning telur je. Mungkin kecik lagi. Doc bagi tarikh utk repeat scan. Lagi 2 minggu. Aku mcm pelik, aik knp due scan tu mcm jauh sgt. Sept 2019. Ikutkan kiraan 18 ogos 2019. Doc tnya aku betul2. mcm mana aku boleh yakin tarikh last period tu. aku ckp, aku mmg tanda kat kalendar.
Aku merasakan sesuatu.. Tapi, aku tak nak pk bnyk. Doa je smga kandungan sihat.
16 jan 2019, aku pegi Klinik Kesihatan sorang2. Sebab nak scan je kan, so cadangnya nk mintak time slip je. Tapi sebab sakit kepala sangat2, aku mc je la.
Masa tggu giliran doc panggil nk scan, aku wassap bos aku. Ye la kan, kene bgtau jugak, apa2 hal nnt susah. Bos pun ucap tahniah dan suh aku jaga diri.
Tak lama lepas tu, giliran utk scan tiba. Tak sabar nk tgk baby. Tapi... scan masih nmpk kantung. AKu tnya, yg putih tu baby ke? Tu bukan baby, tu mcm kuning telur. Ukuran lebih krg 2 mggu lps. Masih 6 minggu. Tambah 1 hari je.
Aku da sedih da masa tu. Tp air mata masih blh tahan. Doc yg scan tu ckp ngan kawan dia. Kwn dia kata, refer hospital la.
AKu disuruh utk tggu diluar, tak lama lps tu doc panggil. Doc buat surat utk rujukan ke hospital. Ya Allah.. dugaan apakah ini.
Masa aisyah dulu pun, repeat scan kene g spital. Kali ni pun sama. Doc ckp kat hospital, scan lebih jelas. Mungkin kami scan salah. Mungkin baby kecik lagi sbb tu tak nampak.
Silap aku, masa scan mula2 tu, tak dptkan apa2 ukuran dr doc. Doc ckp, next time kalau scan, mintak doc print, kalau x blh print, suruh dia tulis ukuran dan berapa minggu pada masa tu. Senang nak tgk progress.
Sejak dari saat tu, aku terus google berkenaan kandungan 9 mggu tapi nampak kantung je. Mmg banyak kes. Biasanya kandungan x jadi. Ada yg jadi. Tapi mostly ibu2 yg response, diaorg keguguran selepas tu. Aku terus bgtau en suami, bincang bila nk ke hospital utk confirmation. En suami ajak pegi hari yg sama. Kami terus ke PPUM.
Sampai PPUM, tunjuk surat doc. Nurse minta kami ke tingkat 4. Di tingkat 4, lps daftar, bacaan tekanan darah diambil. Sementara en suami kena buat bayaran.
Orang tak ramai pun. Lepas sorang patient, nama aku dipanggil. Doc mula scan. Ye, hanya kantung. Tak nampak baby. Yang diaorg nampak jelas, cyst berukuran 4cm.
Allah.. Doc ckp, missed misscariage. Kandungan tak menjadi. Doc tnya sejarah kelahiran anak sblm ni dan doc cuma ckp, jmpa lagi 2 mggu. Dia pesan, kalau ada sakit perut kuat atau bleeding, dtg emergency.
Masa keluar dari bilik doc, en suami tnya mcm mana. Ya Allah, tak terluah nak bagi tau. Air mata je keluar. Dpt kad appoinment, kami terus balik.
Mula dari saat itu, aku tak tau nak harap mcm mana. Aku cuma doa, semoga Allah berikan yg terbaik buat kami. Aku Redha dgn apa jua takdir Allah.
Kami insan biasa, tak terlepas juga dari memikir, kenapa boleh jadi mcm tu. Adakah silap makan, aku takde buat kerja berat, aku tak stress kerja pun. Dan akhirnya.. satu je jawapan yg aku ada.
Itu adalah kehendak Allah. Andainya sbb makan, kalau Allah tak izinkan perkara ni terjadi, ia takkan terjadi. Masa bleeding kakak, Allah izinkan kakak hadir bersama kami, Alhamdulillah kakak survive.
Aisyah wp berkembar dgn cyst, dgn izin Allah, Aisyah survive.. Segala2nya.. dengan izin Allah.. Dan dgn izin Allah juga hadirnya tetamu kecil dlm hidup ibu hanya 2 bulan 2 minggu.. Maafkan ibu syg.. Allah lebih syg kamu.. Ibu redha kamu pulang kepadaNya kembali.




0 comments