Tetamu Kecil : Dugaan kita..
Friday, February 08, 2019Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga kita semua sihat, gembira dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
Bercuti ke mana tu? Happy holiday buat yg sedang bercuti tu ye.. Tak kisah la bercuti kat mana kan? Yg penting kita cuti..
Selamat bekerja utk en suami saya.. Semoga Allah limpahkan rezeki yg luas utk en suami saya sebagaimana dia melimpahkan kasih sygnya kepada saya dan anak2..
Cuti sekolah ni, kami duduk rumah je. Aku pun tak sihat lagi. Belum habis pantang.. So lebih baik duduk rumah je la. En suami kata, ada ot lebih baik la ambik.. Betul la tu.. Lagipun dia da bnyk hari cuti masa aku admit hr tu.
Alang2 da menaip ni.. Sambung la cerita tetamu kecil hr tu kan.. Pengalaman yg sgt berharga.. Kita flashback la kenangan tu dan simpan disini..
20hb Jan 2019, lepas en suami balik keje, kami balik kg aku sbb isnin tu 21hb Jan, cuti thaipusam.. Dpt balik kejap pun jadi la tdo 1 malam.
21hb Jan 2019
Aku terjaga dlm kul 5am gitu kot. En suami kejut sbb jam bunyi. Tgk jam belum subuh lg. Tapi bangun je la buat apa yg patut.. Berdoa semoga diberikan yg terbaik buat aku dan baby.. Terasa lama sgt nk menunggu 30hb jan.. Di mana appointment dkt ppum.
Pagi tu, aku pg buang air.. Nmpk mcm ada brown spot. Tp x bnyk.. Bg tau ngan en suami.. Dia kata xde apa kot. Lagipun slps tu takde rasa sakit dan takde bleeding dan x keluar apa2, so buat mcm biasa je la.
Malam balik dr kg, aisyah tidur. So aku dukung la dia. Terasa sakit belakang semacam je. Terhenti juga la masa nk naik tangga.. Lps tu rasa sakit blkg mcm nk senggugut tu.. Tp br intro2 la.. Aku ckp ngan en suami, nnt sapukan minyak kat blkg. Lps tu aku tidur. Ntah sapu ke x, aku pun x sedar..
22hb Jan 2019
Masa nk bersiap g keje, terasa ada sesuatu keluar. Bila check, ada bleeding sket. Brown spot gitu. Bgtau en suami, dia tnya nk g spital ke? Aku kata nnt dlu la. Aku siap2 nk g keje. En suami tnya, pegi keje ke? Bila pk2 keje ada yg x setel, aku ckp, pegi keje dulu la.. Tp standby je la bwk buku pink tu.
Masa kat ofis buat keje mcm biasa. Dlm kul 10 am, g toilet tgk bleeding lg.. Bila buang air, darah keluar. Wassap en suami. Bgtau bleeding lg. Dia suh g spital. Tp aku ada keje yg x setel lg. Sambil2 tu da inform la bos aku. Dia suh balik. Dia bgtau kwn aku. Kwn aku pun suh balik. Kwn aku tnya aku ok ke tak. Aku ckp la aku ok. Aku rasa boleh balik sendiri. Aku malas nk susahkan org. Wp bff sendiri.. Hehe.. Setel keje, aku balik. Balik naik lrt dan ktm. Alhamdulillah, ktm pn x perlu tggu lama. Masa dlm tren, da start rasa sakit sket. Tapi masih blh tahan. Aku balik rumah dlu. Malas nk bwk laptop g spital. So tinggalkan laptop kat rumah, bwk benda2 penting je.
En suami balik kul 1pm. Sementara tggu dia, aku rehat kat umh.. Lps makan dan solat zohor, baru la kami ke hospital. Sampai hospital, pg kat emergency. Pegi ke kaunter saringan triage. Nurse tnya la bleeding bnyk ke x, sakit perut ke tak.. Dia ambik tekanan darah, cek mata n etc. Sbb ganti 2 pad je, dan tak penuh pun.. So masuk zon tak kritikal. Buat bayaran rm50, lps tu tggu la nombor dipanggil. Masa menunggu tu, aku da start rasa sakit mcm senggugut tu.. Sakit sampai keluar air mata.. Lps tu dia hilang kejap.. Tak lama lps tu sakit balik. Terasa lama betul menunggu.. Sejam lebih jugak la menunggu.. Masa sakit sgt tu, pegang tgn en suami je la. Meleleh air mata, xkisah da org kiri kanan..
Dkt pkl 5pm kot baru nama aku dipanggil. Dlm bilik emergency tu, tggu doc pggl pulak. Tak lama lps tu, doc pempuan panggil. Dia tnya la apa masalah. Cerita la history bleeding yg terjadi pagi tadi. Bagi tau gak yg sakit. Tapi boleh tahan lagi. Lps tu doc bwk g bilik scan.. Dia x explain sgt apa yg discan. Dia cuma ckp, dia akan refer dgn gynea. Dia suh tggu dlu.
Masa menunggu tu, tetiba sorang lg doc lelaki cina pggl nama aku. Aku pelik la.. Soalan2 sama mcm doc td. Doc lelaki tu pun bwk g blk scan dgn seorang nurse. Doc tu scan dia ckp dia nmpk putih2. Tp tak pasti apa. Tapi doc tu ckp, risk keguguran tu tggi la. Doc lelaki tu ckp kene ambik darah. Aku pn tggu la nurse ambik darah.
Tak lama lps tu, doc pempuan india td panggil semula. Doc kata mmg miscariage. Tapi belum keluar lagi. Baru nk start. Kalau blh dia nk keluar sendiri. Doc bg mc 3 hari. Dia kata kalau sakit sangat2 dan bleeding bnyk mcm period heavy tu.. Penuh pad sampai tembus2 tu dtg spital. Ptg tu gynea xdtg check sbb tgh OT. Doc tu call je bgtau keadaan aku. So dia bg balik. Tak perlu admit. Utk sakit tu, doc kata blh mkn paracetamol.
Kami pun balik. Lps solat asar. Jalan jem jgk balik tu. Hari kerja kan.. Gitu la. Tahan la sakit. Kejap ok, kejap sakit. Ada masa dua2 diam.. Dlm kepala masih berfikir.. Mcm tak percaya keguguran. Mak aku kalau blh nk aku blk kg. En suami kata dia blh htr. Tapi aku fikir, kalau blk kg aku sakit, sape nk bwk g spital. Transport xde. So aku stay kat rumah je.
Sebelum sampai rumah, aku nk pg klinik biasa. Aku mcm x puas hati. Betul ke aku keguguran. Aku pg klinik yg biasa aku pg. Doc pempuan. Xde org, so terus je la nama panggil lps daftar tu. Aku tunjuk buku pink dan aku explain. Tp aku just nk confirmation, betul ke aku keguguran. Ke baby kecik lg n etc. Doc pun scan. Lama dia scan.. Doc ckp mmg confirm keguguran. Tapi belum keluar lagi. Doc kata, dia pn x pasti kenapa hospital benarkan aku balik. Mungkin diaorg bnyk kes nk handle atau katil penuh. Dia ckp kalau awak mc 3 hr pun, awk bkn blh rehat. Awak akan bertambah sakit. Saya rasa better awk pegi hospital semula. Apa yg dirisaukan adalah kehilangan bnyk darah. Saya akan buat surat, terpulang pd awak utk pergi ke tak.
Dpt surat kami pun balik rumah. Masih berkira2 nak ke hospital mana. Berdasarkan kwn en suami, kos d&c dlm 1k lebih. Ada yg aku baca kat google 2k lebih.. Huhu.. Kita mana ada duit bnyk tu kalau nk segera. Lps solat, kami duduk berbincang. Masa tu tak rasa sakit mcm td. Aku tanya en suami, agak2 pmcare cover ke tak ek kalau keguguran. Dia pun tak pasti. Aku suruh dia cuba call pmcare. Bila talian disambungkan en suami pass phone kat aku. Lps pmcare check ic aku, katanya cover utk kes keguguran. Inpatient dgn outpatient cover kalau di hospital ppum. Kalau hospital kerajaan outpatient kene byr dulu lps tu claim. Kalau admit, blh request GL. Alhamdulillah.. Lega dengar. Malam tu kami decide pg ppum semula. Sebelum tu ajak en suami amik duit dulu. Saki baki duit sementara nk gaji. Ye la baru 22hb kan.. Da la bln 12 gaji awal. Mmg tawakkal je la..
Otw pg hospital, aku tnya en suami.. Agak2 diaorg anggap aku ni ngade2 ke ek? Siang tadi da pg hospital, mlm pg lagi.. Siap doctor tulis urgent lg kat surat tu.. Takut gak la kan.. En suami ckp, tak la.. Ayg kan sakit. Takut jd lg teruk. Lps tu aku teringat ckp doc kat klinik td, kali ke 2 awk pg hospital, diaorg takkan biar awk, diaorg mesti layan. Awak bukan suka2 nak pegi hospital tu kan? Hrm.. Betul gak ckp doc tu. Bersangka baik la kan, biasa la pemikiran masih tipikal, dok asik igt nnt nurse marah..hehe.. Sampai hospital dkt emergency, terus pegi ke tempat saringan. Nagi surat doc td. Kebetulan sakit tu dtg.. Terus kene tolak ke zon kuning.. Diaorg layan dengan baik, tnya bleeding bnyk ke.. Sakit kuat ke... Lps tu sorang doc bertugas dtg check. Doc india lelaki. Dia ckp kene scan dulu.. Lps scan doc ckp masih ada lagi kantung, disebabkan kali ke 2 dtg, saya panggil gynea utk check. So balik semula ke katil aku. Sambil2 tu layan sakit. Nurse ambik darah kat tgn kanan. Lps tu masukkan ubat tahan sakit. Sementara tggu gynea, layan la sakit tu.. Akhirnya tertidur.
Tetiba dengar ada org beri salam. Lembut je suara dia perkenalkan diri.. Lps jwb beberapa soalan dr doctor pempuan tu, aku ditolak ke bilik scan sekali lagi. Doc scan dan bgtau, kantung masih tinggi. Sebab puan da 2x czer, kita x galakkan buat d&c sbb takut risiko rahim koyak dan lain2. Kalau boleh kita nak dia keluar sendiri. Disebabkan aku pnya bleeding x bnyk sgt, doc benarkan aku balik. Tapi dia pesan kalau ada keluar kantung, mcm isi ikan, sakit sgt2 atau pendarahan bnyk..dtg hospital segera. Aku tnya la, tak bahaya ke doc keluar darah tu, saya takut la apa2 jadi kalau darah asik keluar je. Lps tu doc ckp, nnt saya check jalan. Doc pun check la bukaan. Huhu.. Doc ckp jalan x bukak lagi. Berkali2 dia pesan, kalau sakit sgt2 atau pendarahan bnyk.. Dtg hospital.
Kami pun balik, masa tu jam pkl 12 mlm. Anak2 tidur rumah pengasuh. Kami tak nak ganggu pengasuh, so biar la diaorg kat sana. Malam tu, tidur sambil melayan sakit yg kejap dtg, kejap hilang. Memang aku tak lena tidur. Masa sakit, pegang lengan en suami kat sebelah. Bila hilang, tidur balik.. Gitu la sampai azan subuh..
![]() |
| Gmbr yg en suami share dlm group WA family. Bila da official gitu, baru maklumkan kat semua. Tp mak aku, aku da bgtau awal2..dgn adik beradik je br bg tau mlm tu.. |



9 comments
Takziah ye Ira... Moga diberi kesabaran dan kekuatan utk menghadapi ujian ni. mungkin ada rezeki lain menanti, siapa tahukan... Take care ye.
ReplyDeleteTerima kasih Puan Hazel..
DeleteInshaaAllah.. Aamiin..
Terima kasih atas doa dan kata2 positif dari Puan Hazel.
Inna lillah...Takziah Ira.
ReplyDeleteIra tabahkan hati ya.
Terima kasih kak ujie. InshaaAllah..
DeleteTakziah Ira. Semoga diberi kesabaran yang tinggi. InsyaAllah ada rezeki Allah nak bagi kemudian-kemudian. Banyak-banyak doa :)
ReplyDeleteTerima kasih kak. Aamiin.. Mudah2an.. InshaaAllah kak :)
DeleteInshaa Allah...semoga dikurniakan rezeki yang lain
ReplyDeleteAamiin.. InshaaAllah.. Mudah2an ada rezeki yg lain..
DeleteTakut jugakkan Ira kalau dah tau kita mengandung lepas tu ada keluar darah mcm tu. Mesti suspen. Kalau org yg mengandung anak pertama surelah lagi sedihkan...
ReplyDelete