EDP 2.0 Batch 7: Module 1 Leading Self - Developing High Performance Culture
Thursday, April 11, 2019Assalamualaikum kawan2..
Apa khabar? Sihat ke?
Semoga kita semua sihat dan gembira di samping keluarga hendaknya..
Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t
Lama betul tak menulis. Hehe..
Ada je cerita, tapi tak sempat nk menaip di sini. Seperti yg aku penah bgtau sblm ni, aku dipilih utk join Executive Development Program(EDP). Dalam EDP ni ada 3 modul.
Alhamdulillah, kami dah selesai 1 modul iaitu Leading Self. Dalam modul 1 ni, ada 2 program di mana program pertama pada 18-19 Mac 2019. Program berbentuk team building. Tajuk program panjang sgt, malas nk taip. Hehe..
Program pertama ni di jalankan di @theAcademy, Port Dickson. 1st time datang sini. Cantik tempatnya. Hari pertama tu, kami gerak dari bangsar jam 5.30am. Sampai sana dlm 7.30am. Tak lena tdo sebab berdebar2.. Apa la kena buat kat sana nnt. Lps breakfast, kami check in dorm. 1 dorm 8 org. Tapi perempuan ada 5 je. 2 org aku kenal masa kat wisma drb masa sesi admission, 2 org lagi baru kenal kat academy.
So 1st day mcm biasa la sesi berkenalan. Cuma approach dia kita dptkan 3 maklumat psl kwn baru kita, at least 3 or 5 org. So kita kena pilih nk perkenalkan siapa. Jenuh juga nk ingat nama sorang2 tu. Trainer kami pd hr tu en Azman dan en Izham. Diaorg dr Learning & Talent Management, DRB-Group Human Capital. Kawan2 baru yg aku kenal hari tu, dari pos Nisa, Jem dgn Ikhwan. Dari ctrm wana, safuan dgn syah. Dari Hicom Automotive nur dgn hazim. Khalis dari ACM, Busra dari Muamalat, Tan dari drb dan Syed dari Proton. Ada sorang lg Nad dari drb jgk, tapi Nad x join masa kat PD ni.
Lepas tu, belajar fokus dgn kira 1,2,3 secara bergilir dgn pasangan, lps tu tukar no 1 dgn pergerakan. Memula secara pasangan, lps tu semua pulak buat, pergerakan tepuk tgn, petik jari dan hentak kaki secara berturutan. Ni mengajar kita fokus dan alert.
Selesai aktivti bergerak-gerak tu, aktiviti melukis. Kena lukis shield kita dan present apa maksud shield kita tu. Lps tu break minum pagi. Then sambung dgn Color brain test. Ikut genetik Aku kaler biru.
Dalam pkl 4 kot, kami bergerak ke lobby. Sebelum naik bas, panaskan badan dulu. Ni paling aku suka, ala2 berzumba gitu. Warming up ikut lagu. Walaupun warming up dgn beberapa lagu, tapi boleh buat aku berpeluh merecik.. Hahaha.. Da la cuaca panas kan.. Lps tu naik bas, kami di bawa ke eagle ranch. Aku x penah pegi eagle ranch ni, nama penah la dgr. Sampai kat eagle ranch tu, menapak ke pantai.. Jauh juga berjalan da la panas. Kaki aku da mula terasa sakit. Tapi nak buat cemana, kena teruskan jugak. Sampai tepi pantai, kami berkumpul dan diberi penerangan mcm mana nk ikat rakit. Memula kena buat frame dulu. Ukur jarak buluh2 supaya membentuk petak2 kecil. Ikat sebelah luar, lps tu baru la ikat sblh dalam. Lps siap ikat buluh, ikat tong pulak. Semua org kena buat kerja, xde la pempuan tgk je kan.. Haha.. Kene sound gak la.. Kak tgk apa tu tlg ikat ni.. Aku ni jenis x reti nk masuk campur kalau org tgh buat, so aku tgk la. Da setel org tu buat, baru aku buat. Masa ikat rakit tu, kena la ikat kuat2.. Sbb nak naik sama2 nnt. Kalau x, karam la kita bersama2 nanti. Siap rakit, susun sape duduk tgh, sape duduk kiri, sape duduk kanan. Oleh kerana pempuan x ramai, pempuan duk tgh2. Masa berakit, kene sepakat masa mendayung. Haa.. Susah juga mendayung tu. Walaupun duduk tgh, xleh la nk rileks. Kene kayuh juga tlg kawan2 kiri kanan. Lenguh tangan. Kami berakit ke tgh laut utk dptkan bendera. Xde la tgh2 sgt. Jauh juga rasanya nk sampai kat bendera tu. Akhirnya dpt jgk bendera walaupun masing2 bateri da low. Makin dkt dgn bendera, makin semangat rasanya. Da dapat bendera, kena patah balik. Nk mudah, kitaorg pusing badan je la. Tp x semudah disangka. Kene sorang2 dan ikut urutan, kalau x, member blkg da tukar posisi, ko xde space nk duduk. Haha.. Masa berakit ke pantai, rasa cepat pulak sampai. Mgkn sbb ombak tolak kami kot. PIC eagle ranch ckp, group kitaorg bagus.. Alhamdulillah.. Bangga jap dpt pujian. Dia igt kitaorg da hanyut. Dia kata yg perempuan pun dayung juga. Teamwork yg sgt baik 💪💪 sayangnya, xde video atau gambar masa berakit ni. Huhu..
Balik dari berakit, makan malam, mandi, solat. Disebabkan kelas malam xde, kami diberi tugasan. So jam 8.30 mlm, discuss utk assignment esok. Tugasannya adalah perlu menari dlm kumpulan. Kami dpt lagu oh Mas Mona.. Huhu..
Mlm tu google step2 utk lagu mas mona ni. Utk senang ingat, kitaorg ambik step yg senang2 je. Haha..
Hari ke 2 dia academy.. Wah2.. Mcm academy fantasia pulak🤭🤭 tapi academy ni xde la kene kick. Semua org kene habiskan.. Hehehe.. Berbalik pd cerita hari ke 2.
Lepas sarapan, pagi tu kami berkumpul dlm pkl 8am dkt lobi. Mcm biasa sblm aktiviti hiking/jugle trekking, ada warming up. Dan sekali lagi aku suka.. Warming up ala2 zumba. Selesai warming up, naik bas. Kali ni menuju ke tanjung tuan. Hrmm.. Bila dgr tanjung tuan ni, aku rasa2 mcm familiar. Instructor ckp nk panjat bukit batu putih. Terus teringat kak ujie othman hehe..
Sampai kat entrance Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, kami amik gmbr dulu. Lps tu baru mula. Instructor ckp ada 4 laluan nk ke bukit tu. Kami ikut yg susah sikit je. Diaorg kata mana boleh ikut jalan senang. Haha..
Da lama x masuk hutan, so aku lebih kpd tgk jalan je la. Xdan nak menikmati keindahan alam. Mencabar jugak la laluannya. Tp kalau org da biasa, xde hal kot. Bnyk kesan2 batang kayu yg org biasa berpaut, so senang la sikit. Tapi masih kena hati2. Group kami depan skali, aku org ke 3. Aku la yg lmbtnye, ketua kump aku dgn instructor da ke depan. X sure la bape minit berjalan, tp da penat la jgk.. Kami sampai kat check point 1. Monkey Bay.. Kagum tgk pantainya. Sempat la snap pic sekeping dua. Sbb ada tugasan musang berjanggut. Kene asingkan kekacang yg telah bercampur ikut jenis dlm plastik berasingan. Group kitaorg lmbt siap, so jd yg paling last bergerak.
Kami santai2 je sbb laluan seterusnya bnyk mendaki. Ada yg kena pegang tali. Aku rasa x larat sgt sbb kaki yg sedia sakit, tmbh dgn berjalan masa kat eagle ranch tu.. Ni pulak panjat bukit. Tapi xkan nk tinggal kat bawah kot.. Ikut je la.. Sampai kat kawasan yg batu putih tu.. Aku berhenti lama.. Mcm mana nk panjat ni.. Ada tali je. Maklum la.. Bdn pun da semangat kan.. Takut x lepas naik. Batu2 pulak mcm jauh je jaraknya. Nk kena pijak betul2. Instructor & ketua kump aku bg support n instruction dr atas. Blkg aku ada 3 org lagi x naik. 2 org dpd mereka group aku, nur dgn tan. Tan ditugaskan sbg sweeper, so dia kene jd org terakhir walau apa pun. Tan seorang yg supportive. Dia kipaskan nur bila nur da x larat. Dia tnya aku ok ke tak.. Sorang lagi team academy, guide kitaorg sepanjang hiking tu. Diaorg suh aku naik dulu. Alhamdulillah.. Berjaya juga naik, walau aku rasa susahnya nk memanjat. Aku ni bkn la lasak sgt, panjat pokok pn yg rendang2 je waktu kecik dulu. Tapi gagahkan jugak la sbb sikit je lagi nk sampai. Rasa lega.. Tgk pemandangan yg memukau sambil ditiup angin.. Lupa la kejap kesusahan nk naik td.. Kwn aku pun kalau ikutkan dia xnak naik, tp sbb kawan2 semua.. Dia gagahkan diri jgk memanjat.
Dapat port duduk kejap, terus wassap mak.. Da sampai atas bukit. Selfie la htr gambar kat mak dan en suami. Hihi.. Kaki masih ketar2 lagi tu.. Lepas bergambar atas bukit tu, kami mula turun. Paling last naik, paling last turun la.. Haaa.. Camne nk turun ni.. Adoi.. Satu lg cabarannya.. Slow turun, cari tempat berpijak. Diaorg suh pegang pada tali je. Rendahkan badan. Susah jugak nak seimbangkan badan, nak stabilkan kami. Ni lagi adventure dr absailing leftenan zana tu. Hahaha.. Ye la kan, batu2 kot. Da la kaki sakit. Tetiba tergrlincir pulak sikit. Terhantuk jam hadiah besday kat batu. Waaa... Sedih aku rasa. Lutut terhantuk batu x perasan pulak 😜. Dekat nk sampai bwh tu, jarak batunya jauh juga, camne nk turun ni, tali da abis. Diaorg suruh pusing, duduk kat celah batu tu, terjun sikit. Alhamdulillah.. Berjaya turun. Mmg sakit2 badan dibuatnya.. Jalan balik.. Ikut laluan yg senang.. Xde kene panjat2 sgt. Jalan je. Tapi.. Sampai 1 tempat semua kene tutup mata. Kene percaya la kat ketua group kita. Kene pegang antara 1 sama lain supaya tak hilang. Ada tali disediakan sbg panduan. Semua pegang je tali tu. Sambil2 tu dgr info dr ketua dan sampaikan pd org blkg kita. Ye la kan, kat depan ada pokok ke, dahan melintang ke.. Ada juga yg langgar dahan sbb dia tinggi, ketua dia rendah, so x tau la ada halangan atas kepala. Sampai dkt nk hujung tali, ada cabang pulak. Nk kanan ke kiri.. So kitaorg try kanan dlu, tapi ketua je jalan dulu, dia check ni patah balik je. Check kiri pulak, ok ada tali lagi. Teruskan berjalan sampai la jumpa kayu dkt hujung tali. So boleh bukak mata sbb da sampai. Instructor tunjuk la laluan yg kitaorg lalu masa mata tertutup td.. Laa.. Dekat dan mudah je. Tapi sbb kita x nampak, kita rasa susah.
Selesai cabaran tutup mata tu, teruskan perjalanan utk keluar dari hutan. Rupanya keluar kat rumah api tanjung tuan. Tapi kami x naik la ke rumah api tu. Just bergambar je kat tangga bawah tu. Bila semua org dh ada, dan da siap minum pagi, ada cabaran lagi. Kena buat bintang bucu 8 menggunakan seutas tali panjang yg bersambung. Bentuk bulat la sng ckp.. Kita pun boleh masuk dlm tu. Geng2 lelaki cerdik2.. 2x try je da berjaya. Instructor x percaya, dia nk tgk lg skali.. So repeat je la apa yg kitaorg buat td. Aku pegang bucu bintang je. Hehe..
Selesai aktiviti.. Berkumpul utk wrap up aktiviti pagi tu. Mcm2 la feedback... Aktiviti pagi tu bnyk mengajar kita mcm mana strategi nk asingkan kekacang tu, teamwork, support each other masa nk memanjat dan turun bukit, trust masa kene tutup mata tu dan bnyk lg la.. Masa instructor tnya aku, apa aku nk ckp.. Tak sempat nk cakap, diaorg da kata.. Ira nnt dia diam2 update dlm blog... Hahaha.. Adoi.. Da dkt sebulan baru nk update ni apa cer.. Kan..
Setel aktiviti pagi, gerak balik naik bas. Makan tghari dan bersedia utk aktiviti ptg. Di sebabkan takde praktis da utk hr tu.. Aku praktis la kat toilet. Ye la.. Mana penah aku menari da tua2 gini. Dulu masa sekolah ada la berzapin, itu pun payah nau nak ingat step. Zapin masa kempori pengakap MRSM se malaysia kot. Haha.. Aku rasa cam x caya je. 😂😂 Tapi ptg pnya aktiviti bkn menari traditional ni, ala2 mcm berzumba je.. Lagu pun dpt lagu oohh Mas Mona.. So goyang2 kaki je da la kot..
Sesi petang tu, mula buat aktiviti kumpulan. Senaraikan 3 key word apa yg kita belajar semasa aktiviti pagi. Kitaorg pilih word, coorporate, focus dgn trust. Lps tu lukis kat kertas utk gambarkan word yg kitaorg pilih tu. Then present. Huhu.. Lps tu aktiviti seterusnya main game yg memerlukan fokus. Di mana setiap kiraan yg ada no 7 atau gandaan 7 kena tukar dgn perkataan edp. Semua org duduk dlm bulatan dan start kira 1,2,3,4,5,6,edp,8..dan seterusnya. Semua org kena alert dan dgr apa kwn kita sebut. Dlm game ni, aku salah sorang winner.. Game abis bila tggl 3 org. Sbb sape yg salah sebut kena keluar dan start kira balik. Tapi group kami xdpt beat group yg sblm ni, diaorg dpt kira sampai 28. Da penat gelak mengira.. Tiba la masa utk berdansa..
Group aku last skali.. So tgk persembahan group laim dulu. Best persembahan diaorg, aku sgt enjoy. Group 1 dpt lagu siti bilang mahu cuti. Group 2 lagu ayda jebat. Happening sgt. Hihi.. Tiba group aku.. Kita ikut je la ketua, yg mana step x igt tu, ikut je dia. Ketua kitaorg ikhwan. Dia jenis yg suka melawak, so menceriakan la persembahan kitaorg. Bila tgk video balik, klaka nye aku menari. Hahaha.. Tapi jgn xtau, jd aktiviti hujung minggu da tu menari dgn anak2. Lps group kami pnya persembahan, trainer pun buat persembahan gak.. Last aktiviti. Semua org buat bulatan besar, lagu2 kami dimainkan. Kalau kene lagu kumpulan 1, kena ikut kumpulan 1 punya step.. Haha.. Mmg enjoy sgt..
So secara kesimpulannya.. Aku mmg enjoy sgt 2 hari program ni. Walaupun aku rasa takut2 je nk kene join program ni pd mulanya.. Alhamdulillah aku da lepas 2 hari program. Hehe... Risau jgk kan sbb baru lps miscarriage hr tu. Tp Alhamdulillah..semuanya ok.. Trainer pun ckp batch kitaorg ni walaupun sikit, tapi diaorg enjoy dgn kami semua.
Panjangnya entry aku.. Maaf la ye..
Berhari2 nk abiskan entry ni.. Hehe..
Layan la gmbr2 yg ada..
![]() |
| Lobby.. |
![]() |
| Bergambar sblm mula jungle trekking |
![]() |
| Monkey Bay dan aktiviti musang berjanggut |
![]() |
| Alhamdulillah... Sampai atas bukit |
![]() |
| Aktiviti petang |
![]() |
| Persembahan |
![]() |
| Group kecil kami. Ikhwan, Tan, Nur dan aku. |
Nota: pagi tadi, ibu kpd salah sorang geng EDP kami telah kembali kerahmatullah.
Takziah buat Nisa & keluarga. Semoga Nisa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.









4 comments
Wah seronoknya tu sesekali beriadah berkumpulan mcm ni..
ReplyDeletepatut asik batuk batuk akak..ada org sebut nama! hahahaa
ReplyDeletemujur tak kena dera naik tangga ke rumah api tu, trekking lagi laluan lain! Sebab tu akak pegi banyak kali, sebab ada byk laluan hutan utk dipilih. Nak perabih sekali datang memang tak larat lah. :D
Seronoknya merasa Ira berakit. Akak belum pernah lagi tau..huhu
seronok dapat join aktiviti macam ni, selain dapat ilmu dapat juga menguji kecergasan diri
ReplyDeleteseronok dpt buat aktiviti mcm nie
ReplyDelete