Santai2 je kerja.. Hihi...
Friday, March 15, 2019Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya..
Alhamdulillah..
Syukur atas segala nikmat Allah yg tak terhingga banyaknya..
Lately ni bnyk aktiviti luar..
Hari khamis lepas farewell ofismate kami.
Dia dpt keje kat pusat zakat selangor.
Kami celebrate dkt kfc mytown. First time aku pegi MyTown ni. Dekat dgn ikea yg baru tu. Cheras ek? Kami pegi naik MRT. Dlm 4 stesen kot dari Pasar Seni. Nama stesen dia Cochrane. Menarik jgk la kat sini, tak ramai org. Aman je nk makan. Hehe..
![]() |
| Makan2 dan bergambar |
![]() |
| Penyampaian hadiah pd ofismate yg diraikan |
Hari jumaat, hari wanita.. So semua pakai baju purple. Apa lagi, alang2 baju sama tema kan, bergambar la. Tambah pulak member last day.. Harus la ada gambar kenangan.
![]() |
| Selamat Hari Wanita |
Hari sabtu, takde pegi mana2.. Duduk rumah bersama anak2. En suami kerja.
Hari Ahad pagi, bawak anak2 pegi pasar pagi. En suami bekerja. Si aisyah sibuk cakap dia demam. Aku pn amik termometer dan check. Tinggi juga la.. 38.8°C. Sebelum pg klinik, bwk diaorg pusing pasar dulu. Kakak ckp nk beli hadiah besday adik. Ok la.. Kita layan je. Suruh adik pilih nk yg mana.. Rambang mata jugak adik tu.. Duit kakak rm10 je.. Akhirnya adik pilih mainan baby dgn bath tub. Rm15. Ibu topup la lg rm5. Lps dpt je hadiah, terus adik ckp.. Jom la balik. Mlm nnt pegi klinik. Amboi.. Dan2.. Xnak pg klinik. Padahal malam tu beriya ckp, bawak la aisyah pegi klinik, aisyah demam.. Cepat betul baik demam ye dpt mainan.
Aku bwk je pg klinik. Doc ckp demam dia tinggi. Terus masuk ubat montot. Ok la, x nangis pun dia, elok je bg kerjasama dgn nurse. Maybe sbb dia da besar kot.
Balik rumah terus main. Tak kacau pun ibu masak. Sibuk benar melayan baby baru.
Ptg ahad tu, en suami balik awal. Dia ajak survey jalan. Aku ada ajak dia survey jalan nk ke Palm Garden Hotel IOI Resort tu. Igtkan x sempat nk survey. Hujan lebat pulak ptg tu. Pkl 6 baru kami gerak ke ioi resort tu. Aku bkn x biasa pegi area sana, tapi biasa la kalau aku drive.. Mana nk melencong sana sini. Hehe.. So survey la dulu sblm nk pegi kan. Senang je jalan dia.. Mcm biasa aku ke pusat latihan pos jgk la.. Cuma exit ioi resort city. Dulu aku penah pegi hotel area situ, marriot ke apa ntah namanya.. Tp lama sgt dah.. Jalan pn dah lain.
Lps survey jalan, kami ke putrajaya. Walaupun putrajaya ni kitaorg penah pegi bnyk kali, tapi tetap la sesat jugak. Hehe.. X reti baca signboard ke apa xtau la. Kitaorg terus ke masjid putra. Bwk anak2 main kat dataran tu. Da sampai pn dkt nk maghrib, so sblm maghrib tu kita bergambar je la. Lps tu pg solat. Usai solat baru la bwk anak2 main. Ada permainan kereta dgn bubble. Ada jgk basikal motor yg blh naik anak beranak. Tgh2 bulan ni kan.. Kita main yg murah2 je la. Bg aisyah main kereta rm10 utk 15 minit. Jadi la. Nk bwk pg taman, da lewat. Jadi la, asalkan bwk anak2 keluar rumah kan..
Hari Isnin aku cuti, ada appointment dgn doc kat ppum. Doc kata yg gugur hr tu mmg betul aku mengandung, bkn kandungan anggur ke apa.. Doc ckp once period ok, nk pregnant semula boleh, xyah tggu2 cuma aku kena makan acid folic. Cyst doc ckp ada lagi, tapi kecik. So tak payah risau dia ckp. Alhamdulillah... Aku serahkan segala urusan aku pd Allah.. Allah lebih tahu yg terbaik buat aku. Hati mana yg xnak anak lagi kan.. Cuma aku x nak berharap sgt. Bak kata kawan aku, tak pe.. Ira ada masa 4 tahun lagi.. 😁 Lps tu jd mcm kak ita, mengandung umur 40, terus kene cek itu ini 🤣🤣. Hihi.. Tak pe la..demi anak kan.. Mak ni sanggup je korban apa saja.
Hari Selasa, ada workshop Big Data Analytic kat Palm Garden Hotel. Santai2 je keje minggu ni ye.. Tak bnyk masuk ofis. Workshop tu isnin selasa, tp sbb aku cuti isnin, dtg sehari je la. Dgr presentation dr department lain. Department kami pun kene buat presentation jgk, tp bos2 la present. Kami anak buah tlg bg buah fikiran.. Hehe..
Hari Rabu masuk ofis mcm biasa, tapi da nk mula stress. Hari Khamis.. Semalam, pagi2 da stress. Sakit kepala sampai ke ptg. Ptg tu pulak aku kena pegi Wisma DRB-Hicom. Kene sampai sana pkl 4, aku sampai kul 4.30pm 🤭🤭 awal2 program aku da lambat. Alhamdulillah.. Allah pilih aku menyertai Executive Development Program, bwh kelolaan DRB. Allah pilih, of course la bos2 perantaranya kan.. Bos2 aku rekemen utk aku join program ni. Syukur sgt2. Walaupun ini satu cabaran baru utk aku. Paling mendebarkan presentation Capstone projek tu la.. Kene present dpn CEO company mana yg kita pilih. Bila fikir2 takut ada, nebes pn ada.. Selalu ckp dlm hati, tak pe.. Serahkan segalanya pd Allah.. Xyah pk sgt perkara yg belum berlaku. Ada la hikmahnya tu kan.. Dpt kwn2 baru, dpt ilmu baru. Mudah2an.. Dpt improve communication skill aku utk berdepan dgn org. Think positive. Huhu... Org drb tu cakap, this is the time for u to shine.. Itu dia ulang bnyk2 kali. Time untuk ceo nampak u all. Haa.. Besar tak besar harapannya tu.. Doakan aku dpt follow program dgn baik dan cemerlang ye kawan2..
![]() |
| Emel yg aku dpt jumaat minggu lepas. Bermula debaran.. Huhu.. |
Hari ni Jumaat.. Alhamdulillah.. Kerja berjalan lancar.. Xnak stress.. Bnyk baca Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Mudah2an Allah tolong. Biar la org nk taici keje kat kita.. Hikmahnya.. Aku dpt ilmu baru..
Ok la.. Nk stop skg.. Ada masa aku bercerita lagi di sini...
Wassalam..













3 comments
hmm..sama lah, kami kalau ke Putrajaya selalu salah2. Padahal bukan 1st time. Maybe sebab byk sangat lorong, mudah terkeliru dan terlepas.
ReplyDeleteInsya Allah moga ada rezeki zuriat lagi untuk Ira. Akak dah 40+, macam dah takde harapan. Tapi kita jgn berhenti berharap kan..walaupun mcm seram je kot pregnant umur dah gini. Serah pada Allah jelah. hehe
wah tahniah Ira dapat join program macam ni. dapat tambah ilmu.
ReplyDeletememang kalau pegi Putrajaya akak mesti sesat tak kira lah walaupun dah pernah pergi sebelum ni hehehe
Alhamdulillah...dalam hidup ni terlalu banyak untuk kita syukurikan. dah lama tak area masjid tu dulu2 rajin juga ke sana, tapi tu lah setiap kali pergi pun mesti sesat jugah hehehe
ReplyDelete