Penutup syawal 2019

Monday, July 08, 2019

Assalamualaikum semua..
Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih syg Allah hendaknya.

3 Julai 2019
Hujan lebat petang ni kan..
Sejuk sampai lenguh tulang aku rasa.
Faktor usia agaknya. Tapi lately ni, kalau naik tangga mmg rasa sakit lutut la. Huhu..

Alhmdulillah.. Dgn izin Allah, dpt juga aku puasa 6 hari dibulan syawal buat pertama kalinya. Ye la.. Seingat aku, aku punya puasa bln syawal x penah cukup 6 hari. Hari ni harapnya sampai la puasa aku. Gigih menghabiskan. Sepatutnya puasa 6 buat awal2 syawal, tapi nk buat mcm mana kan, seminggu dpt puasa sehari or 2 hari je. Apa2 pun.. Alhamdulillah.. Syukur.

Entry kali ni, kita share cerita jamuan raya la ye. Ikutkan kalau pegi semua jemputan, mmg tiap minggu gantung kuali la, tapi atas sebab2 tertentu, xdpt nk dipenuhi undangan2 tu.

Open house pertama yg aku pegi, rumah pengasuh anak2 la. Pergi dgn anak2 je, en suami keje hari sabtu tu. Lps makan, kami balik la. Bila tetamu da makin ramai, segan pun ada, baik la kita berundur. Hehe..
Hari ahadnya pulak, jamuan raya blok 1 & 2. Meriah, siap ada cabutan bertuah lagi. Dan kali ni aku pergi lepas zohor. Tahun lepas aku pegi awal. No kene panggil, aku da kat rumah. So kali ni, kita turun lewat sikit. Rezeki anak2, dpt duit raya. Kalau dtg awal, mls nk lepak lama2 kat bawah tu.
Alhamdulillah, tahun ni dpt hadiah cabutan bertuah. Sebuah bakul kain yg besar. Boleh isi aisyah dlm tu. Mmg sedap la menghumban kain yg br angkat, lps tu nk lipat liat. 😆😆 Jamuan blok pun aku pegi dgn anak2 je. En suami demam. Berselubung dgn selimut je dia.

Anak2 berbaris utk terima duit raya.
Mmg sesuai sgt la dpt bakul tu. Hihi... 

Minggu yg seterusnya 22hb jun, kami dpt jemputan kenduri kawen dkt kg. Sepupu mak aku. Pd masa yg sama dpt juga jemputan open house kwn aku. Tapi sbb mak aku xdpt pegi, so kami la wakil. Lagipun nk balik sekejap tgk mak. Kami balik hari je. Lps kenduri, singgah kg jenguk mak abah. Badan pun x sihat, rasa nk demam. En suami baru baik demam masa tu. Dkt 2 mggu jgk la dia x sihat.
Hari Ahadnya, kami menghadiri jemputan kawen jugak. Org blok buat kenduri kawen. Kali ni pergi berempat. En suami da sihat. Kami pegi kejap je. Lps makan, naik rumah.
On the way balik dr kuala kubu.
Dlm kereta jgk abis door gift pengantin.
En suami sedang bersabar dgn jalan jem 😍


Minggu lepas, hari khamis jamuan raya kat Pusat Mel Nasional Shah Alam. Ingat malas nak pegi, tapi sebab ada meeting bos suruh pegi, dan meeting pun buat kat sana, so pegi je la. Makan free kan. Hehe.. Meeting abis 12.30, lps tu makan..
Jamuan Raya Pos Malaysia. Hehe.. Kembang setaman bila gmbr masuk fb Pos Malaysia dan fb YB Gobind Singh Deo. 🤭🤭

Hari jumaatnya pulak, jamuan raya department aku.. Meriah dgn makanan. Tapi sebab ptg aku ada majlis temu mesra kat sekolah anak aku, so makan tghari tu je la. Ada taklimat pasal cara penilaian baru. Kan bdk2 darjah 1-3 xde exam. Skali la amik result dia. Alhamdulillah.. Result kakak semuanya ok. Mostly dia dpt TP3 dan TP4. Cuma cikgu komen, aimy ni seorang yg pasif. Dia tak proaktif. Dlm hati aku ckp, mak dia pun mcm tu cikgu. Hehe.. Tapi bila soalan bertulis boleh jawab. Bila tnya dgn kakak, dia ckp dia takut. Selalu bila jwb, kurang tepat jwpn dia. Aku ckp la.. Jwb je. Salah pun takpe. Bila kita salah, cikgu betulkan kita, kita dpt ilmu, kwn2 pun dpt ilmu.
Geng makan kami

Team courier.
Tinggal ini je la. Yg lain da resign

Gmbr atas team application.
Tp yg lelaki pegi solat jumaat.
Gmbr bawah adalah ICT ladies. 

Minggu lepas baru ni, aku x ke mana2. En suami kerja sabtu ahad.. Duduk rumah je la. Hehe.. Ada je jemputan, tp xde geng nak pegi, tambahan pulak hr hujan waktu tu. Jemputan yg jauh tu, x reti pulak nk pegi sendiri. Hehe..

Itu je la cerita raya aku tahun ni..
Terima kasih sbb sudi membaca 😍😍

Wassalam.



You Might Also Like

3 comments

  1. Pejam celik pejam celik dah nak raya haji pulak kan Ira. Tengok kat tv ramai jemaah penerbangan awal dah sampai Madinah 🤩

    ReplyDelete
  2. masa syawal je lah peluang kita nak berkunjung ke rumah jiran ke kawan2 kalau waktu lain memang tak pergi kalau tak hal apa2. dengan kawan2 ofis pun macam tu lah masa jamuan raya lah nak dapat jumpa semua pun kalau hari2 lain memang jarang berjumpa walaupun keje satu bangunan, kadang berjumpa dlm lif je, masa jamuan raya sempatlah nak bermah mesra

    ReplyDelete
  3. Dah habis dah Syawal.. rindu nak Beraya lagi apa

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images