Welcome Mak Teh to-be 👸

Wednesday, July 03, 2019

Assalamualaikum kawan2.. 
Apa khabar? Semoga sihat dan ceria la hendaknya. Masih mood raya ke? 🤭🤭
Aku tgh mood apa pun x sure. Hihi... Mood nk jalan2 kot. Haha.. Mcm bajet besar je nk jalan2 kan.. 
Ok la sebelum cerita ni membasi, kita coret la kat sini. Pengalaman pertama kami ke Kelantan. Alhamdulillah.. Rezeki adik aku yg no 5 tu, dpt org kelantan, so kami ni terima je siapa pun pilihan hati dia. Merasa jgk la jejak kaki pg kelantan tu. Kalau x disebabkan hal2 mcm ni, xtau la bila nk jalan2 ke sana. Bakal adik ipar aku ni, org tanah merah. Comey org nya. Hehe.. Adik2 ipar aku semua comey2 belaka. Yg 2 org tu org utara, yg bakal ni org pantai timur. 

Kami memulakan perjalanan pd 6 jun 2019 jam 10 malam. Kami dari Bukit Damar, 1 kete. Adik dan sepupu 2 kete dr btg kali. 1 kete dr penang, da bergerak tghari. 

Kami yg konvoi mlm ni, janji jumpa kat raub. Dkt bhp raub kami jumpa dan rearrange penumpang. Nk pg toilet, tp toilet rosak. Mlm tu hujan pulak, cuaca sejuk. Budak2 dah tidur lena. Diaorg berdua je da penuh seat. 

Perjalanan mlm tu lancar wp hujan. Tak jem. Tapi ada kereta lain juga. So tak la sunyi sgt. Banyak kali jugak la berenti sebelum sampai rnr gua musang. Dalam perjalanan tu, aku tidur2 ayam je. Tak boleh nak lena sgt. Kesian kat en suami. Sembang2 la dgn dia. Baru ku tahu dia ada peminat masa kat sekolah 😏 dan dia pun ada admirer kat seseorg masa sek teknik lipis tu. 😌

Perjalanan kami diketuai oleh adik aku yg no 4. Dia da biasa pegi kelantan atas urusan kerja, so dia da tau la keadaan jalan mcm mana kan. Wife dia tukang communicate dlm whatsapp group. Aku create group tu supaya senang nk communicate. Nk berhenti kat mana, nk suh slow ke apa.. 
Hala pegi en suami drive sorang. Disebabkan kami bnyk stop, so xde la ngantuk sgt. 
Kami tiba di rnr gua musang dlm pkl 2.20am. Kami sampai tanah merah dkt subuh.. Dlm pkl 5.45 camtu sampai homestay. Abe Mat Homestay namanya, dkt kg jelatok. 


Masing2 da kepenatan. Angkut beg mana yg nk pakai je. Disebabkan ada 2 bilik je, so kitaorg pecah bilik lelaki dgn pempuan. Lps solat subuh, masing2 sambung tidur. Aku nk smbg tidur, perut lapar. Keluar bilik, tgk2 sepupu dan adik2 tgh makan. Apa lagi, join sekali la. Mujur la bwk bekal rendang, ketupat palas dan nasi impit. Sementara nk tggu sarapan dr pihak tuan rumah, dpt la alas perut. Lps makan, sambung tidur. 

Anak2 bangun awal la pulak. Mentang2 diaorg cukup tidur. Sket2 dia kejut aku yg br nak cover tidur. Sabar je la, pening kepala aku dibuatnya. Sudahnya, pukul 9.30am aku bangun. Iron baju, mandi dan bersiap2 utk ke rumah pihak perempuan. Janjinya pukul 11am. Kami sampai dlm pkl 11 lebih. 

Bergambar sebelum ke rumah pihak perempuan. Mak aku blh x cam aku dlm gmbr tu. Sabar je la. 

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Perbincangan pun lancar je. Keluarga kami diwakili oleh pak uda aku utk wakil bercakap bg pihak lelaki. Sarung cincin, bucu aku wakil. Mak dgn abah tak dpt dtg atas sebab2 tertentu. Aku mak wakilkan utk mtk maaf pd pihak perempuan sbb mak xdpt dtg. Wp masa awal2 perbincangan, pak uda dah bgtau pd semua, tapi dgn mak si farah ni, aku cakap lagi. Mak hanya tgk gambar yg kami share dlm group je. Mesti mak pun excited nk dpt menantu lagi. 

Bucu dan farah. Tahniah ye. 

Gmbr atas: family kami dan family farah.
Gmbr bwh kiri: aku dgn bakal adik ipar aku la.
Gmbr tgh: geng biras 😆
Gmbr kanan: hantaran

Lps majlis, kami makan tengahari. Kami memilih utk balik homestay. Yg lelaki pegi solat jumaat, kami yg perempuan, qada tidur lagi. Hehe.. Siap2 solat zohor dan uruskan anak2, kita tidur la.

Gmbr sekitar majlis. Sedey alia nangis bergmbr dgn mak long. Mak long bkn marah pun. 

Gmbr dkt homestay. Slps balik dr umh farah.
Posing2 la kan sementara tgh cantik2 lagi. 

Berbincang kejap bila nak balik, pukul berapa nk gerak, nk g jalan mana sebelum balik. Lepas asar baru kami siap2 utk keluar jalan2. Kami pegi sekitar bandar tanah merah je. Tempat2 lain org kata jem.. So malas nk bersesak dgn jem, kita pg dekat2 je. 

Adik aku yg no 2 pulak lead. Lead tgk waze je. Pegi pasar besar tanah merah. Alhamdulillah, kat situ semua yg pak uda nak cari, ada. So tak payah nak ke tempat lain. Aku beli kain batik je, mak kirim. Lps tu beli keropok ikan. Tak tau nk shopping apa. Hehe.. Lepas membeli tu, cadangnya nak pegi makan, lps tu adik aku ckp nnt pihak perempuan anta makanan. So kami terus balik homestay. Berkemas2 apa yang patut. Makan malam dan bergerak balik malam tu. Dlm pukul 9 lebih kami gerak. 

Jalan da mula sesak. Sepupu aku pulak lead jalan. Dia ikut gps kot, ntah jalan mana dia bwk, tapi ok la x jem. Jem sikit kat jambatan tu je. Ok.. Perjalanan balik ni la yg mencabar. 

Dalam kereta tidur2 ayam je. Tak boleh nak lena, tapi terlelap jugak la. Kereta bnyk yg laju2. Kami ni konvoi, so tak la laju sgt. Lagi pun tak biasakan tempat orang. 
Lepas bypass yg kuala krai tu, bnyk kereta berhenti, maybe diaorg berhenti tidur. Kami berhenti tidur sekejap dekat hentian gua musang. Terasa jauh hala balik ni. Hehe... Biasanya kan hala balik rasa dekat, pegi rasa jauh. Mungkin sbb malam dan mata mengantuk. Sampai kat raub, en suami da x larat. Tukar driver. Huhu... 

Aku yg terpisat2 ni, cuci muka dgn air botol yg kami bwk. Then mula bergerak. Jalan raub kereta x bnyk. Cuma bila ada bas tu, kecut perut sbb diaorg laju2 belaka. Kereta pun laju2. Aku biar je diaorg memotong. Cuma make sure ruang depan aku tu muat la diaorg nak masuk. Sblm kami gerak tu, biras aku ada pesan, hati2.. Diaorg ni bwk kete bahaya. Da dekat nk memotong jgk. Mmg betul la kata dia, masa hala pegi dan balik sepanjang jalan dr kelantan tu, mmg laju2 diaorg2 ni. Memotong pun cara bahaya. Kete masing2 sedap, laju je la berdesup kan. Tak lena aku nak tidur. 

Sampai kat genting sempah, tukar balik driver. Kereta pun da panas, so stop skejap. Lps tu sambung perjalanan. Subuh juga kami sampai btg kali. Lepas solat subuh, makan, lepas tu smbg tidur. Mengantuk wei. 

Bersedia la utk perjalanan jauh lagi tahun depan. Hehe.. Adik aku cakap, tak pe la kita hadap 2x je. Emi la kene hadap jem tiap kali nak balik raya. Hehe.. Nk buat mcm mana, dah jodoh kan. 

Syukur la jodoh aku ni dekat je. X dekat sgt, tapi ok la.. Panas gak la montot duk dlm kete kan. 🤭🤭

Ni boifren saya. Hehe.. 

Ok la.. Nk sambung buat kerja.. 
Syawal pun dah nak abis, cerita syawal aku x abis lg la. Haha... Peduli apa kan, ada aku kesah.. Hihi..

Wassalam..

You Might Also Like

9 comments

  1. Wah nk dapat adik ipar baru. Tahniah.. Makin meriahla nati famili.. Dpt la jln ke kelantan lagi lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah thn depan. Itu la.. Ada rezeki blh la jalan ke kelantan lagi.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih.
      Hihi.. Biras belum lagi. Ni bakal adik ipar :)

      Delete
  3. Alhamdulillah moga di urusan mereka nak membina masjid aamiin

    Terer juga ira drive malam-malam. Sis surrender sebab silau. Rabun malam agaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Aamiin.. Mudah2an dipermudahkan..

      Hehe.. Xde la terer sis.
      Tp kene drive la juga sbb husband da x larat.. Saya follow je kerete sepupu kat depan. Sampai kat bentong nk masuk highway, baru saya yg lead.

      Delete
  4. Alhamdulillah..selesai semuanya, moga dipermudahkan dan dipanjangkan jodoh mereka hendaknya. dapatlah ke kelantan lagi tahun depan ye, kena buat bajet tu boleh plan cuti2 jalan kelantan pulak, best jugak tu jalan2 cari makan dekat kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya. InshaaAllah kalau xde apa halangan, thn dpn ke kelantan la lagi. Jom la meramaikan rombongan. Hehe.. Bulan 6.

      Delete
  5. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.. seronok Kan terima ahli baru Dlm keluarga

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images