Cerita Aidil Adha 2019 🐂🐐🐑
Thursday, August 22, 2019Assalamualaikum sahabat semua...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah...
Alhamdulillah, raya haji tahun ni dekat kg aku. Utk raya haji, kami xde sistem giliran. Semuanya bergantung pd cuti. Kalau cuti lama, balik dua2 kampung, kalau cuti sehari je, blk kg aku. Dekat kan, so kita balik la.. Kalau jauh, beraya di rumah sendiri la nampaknya.
Kami balik hari jumaat malam lepas kerja. Trafik slow arah ke utara. Aku tgk google maps, jalan jem dkt sg buloh lagi. So en suami decide ikut kl la. Jem jugak, tapi x la melekat dan google map tunjuk, itu la fastest route buat masa ni. Kita ikut je la. Sampai btg kali pkl 12.45. Dari rumah pkl 10 lebih. Huhu.. Biasanya perjalanan ke kg aku 45 min ke 1 jam je. Org balik raya kan..
Disebabkan en suami keje hari sabtu tu, so dia gerak lps subuh ke tempat kerja. Aku tinggal kg dgn anak2. Menunggu adik aku yg 2nd sampai pagi tu, aku tlg mak sangai kacang tanah. Teringin nk makan kuah kacang. Sebab raya hari tu x puas makan kuah kacang. Elok je siap tampi kacang tu, adik aku sampai. Kami ke pasar pagi pulak sbb nak cari barang basah. Beli sekali lauk mak abah utk seminggu. Senang nnt xyah mak kirim kat bucu.
Ustazah pesan hari arafah jgn sibuk2 masak. Kalau boleh setelkan masak2 tu sebelum zohor. Fokus pd amalan berzikir dan berdoa di hari arafah. Aku pun bgtau la kat group family. Mak pun siap2 kopek bawang semua hr jumaat. Balik dr pasar, setelkan basuh ayam, ikan semua.. Dan mula memasak.
Tahun ni kuah kacang aku buat, mak guide dan aku tukang rasa sbb aku x puasa. Siap kuah kacang, mak kata cantik kuah kacang kau. Hahaha.. Bangga jap. Siap kuah kacang, mak p tgk rendang pulak. Rendang adik aku dgn wife dia yg masak. Mak guide je. Adik aku tukang rasa pedas, masin, manis dan etc. Aku masak lauk tghari pulak. Masak simple2 je. Sikit pulak tu, mmg la laris. Haha..
Selesai masak memasak, join mak dan adik menganyam ketupat nasi. Ni kali pertama aku berjaya hasilkan sebiji sarung ketupat nasi. Dulu2 masa arwah opah ajar atau mak cik aku ajar, aku punya mesti tak siap. Setakat lilit2 kat tangan je. Kali ni dgn tunjuk ajar mak dan of course dgn izin Allah juga, Alhamdulillah, berjaya la buat seketul dr mula sampai habis. Part ekornya tu yg aku x dpt step, beberapa kali juga la mak tlg betulkan. Bnyk kali cuba, baru berjaya. Practice make perfect kan. Mak aku yg beriya2 nak menganyam ketupat. Mak kata lama2 x buat nnt lupa. Penat arwah opah ajar. Dulu2 arwah opah rajin buat ketupat sendiri. Skg ni kan da ada ketupat segera, itu yg x buat da tu. Tapi rasanya lebih sedap compare dgn yg segera tu. Tahun depan panjang umur, boleh la menganyam sendiri. Hehe.. Mak kata nk cuba buat ketupat palas pulak. 😁😁
Mak nmpk happy je raya ni. Wassap pun nmpk la happy nya. Kalau raya puasa hari tu, mcm xde sambutan bila aku tnya mak nk masak apa. Mungkin sbb baru lps kehilangan arwah opah ditambah pulak x ramai anak2 yg dpt beraya bersama. Ye la raya rumah mertua, ada yg kene kerja. Tp nk buat mcm mana kan, sabar je la.
Pagi raya aidiladha tu, kami ke masjid utk solat aidiladha. Sempat juga la tgk2 lembu dan kambing yg akan dikorbankan. Usai solat dan dgr khutbah, semua jemaah balik tukar baju. Tapi kami tak tgk sembelihan korban tahun ni. Mak ajak ziarah kubur arwah opah dan ziarah atuk saudara yg sakit. Selepas tu ziarah jiran arwah opah pulak. So raya tahun haji tahun ni x beraya umah makcik2 pun sbb x sempat. Petang lps asar kami gerak balik kg en suami pulak. Adilkan? Haha.. Si kakak siap sound lg, kita kene la adil. Pd hal dia sibuk nk balik kg wan noraini. 😅😅 Ayah dgn ibu da plan awal la..
Kami gerak jam 7pm sampai dlm pkl 9 lebih. Tu campur benti solat dan membeli jajan2 skali la tu. Ikutkan x lama pun sbb dr btg kali. Sampai2 kg, takde org. Family in law balik kg, umah mak cik. Diaorg gerak lps makan malam. Kami ni sampai kg, mandi2 terus masak nasi. Atas dapur ada rendang, so panaskan aje. Elok2 je kami ready2 nk makan, family in law sampai, bwk balik daging kerbau korban masak blackpepper. Rezeki2.. Alhamdulillah..
Hari Isnin ada jemputan kenduri dekat jerantut. Haaa.. Mujur la bwk baju kurung lebih. Kalau x, ada yg pegi kenduri dgn tshirt dan jeans. 😆😆 Selesai makan, kami gerak balik. Singgah starmall mentakab. En suami nk beli kek utk mak dan adik2 beradik dia yg birthdaynya bulan august. Malam baru sesi potong kek. Tapi biasa la bukan tuan punya birthday yg potong, aisyah yg sibuk nk potong. Wan kata potong la.. Aisyah da x sabar tu. 😅😅 X sempat tggu acik imah yg baru balik dr kg mertua.
Acik imah sampai, kami tgh makan kek.
Malam tu berkumpul la adik beradik en suami dgn mak mertua. Bersembang sambil menyakat antara 1 sama lain. Begitu la kebiasaannya kalau balik kg. Port sembang kat luar rumah. Mcm2 cerita dan masing2 membahan dan kene bahan. 😁😁
Itu je la aktiviti kat kg. Sempat juga la ronda2 kampung di petang hari. Hehe.. Hari selasa berkemas2 je la. Da nak balik kan. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Singgah klinik dulu bwk aisyah yg sakit mata. Sampai rumah solat maghrib. Lepas tu ke rumah jiran. Alhamdulillah, mmg tgh lapar waktu tu. Dijemput pulak makan sup kambing, seronok sgt la. Makan bertambah2. Opah kata, habiskan pun tak pe. 😅😅 Sedap bihun sup kambing. Nk balik tu, opah bagi daging dan tulang kambing korban. 😁😁 Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah..
Terus ada org tu request sup kambing 😯
Hari cuti la baru buat. Bahan pun xde, cemana nk masak best2 hari bekerja ni.
Ok la.. Itu je cerita aidiladha kami.. Lama betul nk update. Mujur belum abis zulhijjah.
Alhamdulillah...
Semoga berjumpa lagi di lain entry..
![]() |
| Sarung Ketupat nasi yg berjaya aku anyam 😁 |
![]() |
| On the way pg kenduri |
![]() |
| Ketibaan pengantin & persembahan silat. Layan anak2 nk tgk. |





7 comments
Pekabar Ira & family? lama tak bertandang ke mari..
ReplyDeletemeriah gak raya Ira kan.. berjaya jgk anyam ketupat tu.. good job..hehe
Alhamdulillah.. Sihat. Suami dan anak2 beransur sembuh dari sakit mata.
DeleteYe.. Lama betul atie x bertandang ke sini. Mana menyepi? Hihi...
Alhamdulillah.. Meriah juga.
Hihi.. Itu la, berjaya jugak anyam ketupat.. Harap2 thn depan masih ingat lagi step2 nk anyam. 🤭🤭
Meriah sungguh raya korban Ira.
ReplyDeleteDapat pulak beraya di 2 kampung.
👍👍👍
Alhamdulillah.. Meriah kak laili.. Itu la, rezeki dgn izin Allah dpt raya dua2 kampung.
Deletemeriah bila dapat beraya yg macm ni kan.. ohya salam kenal dari saya... www.sishawa.com
ReplyDeleteAlhamdulillah... Meriah sis hawa.
DeleteSeronoklah dapat makan kerbau blackpapper hihi....
ReplyDeleteHa a selalunya kalau Raya Haji mmg tak berapa nak sambutkan.... Tak mcm Raya puasa. Tak perlah ...yg penting mak pak kita happy kan Ira