Rumah Hutan Bonda Rozita

Wednesday, September 04, 2019

Assalamualaikum kawan2 semua..

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik dan gembira serta bahagia sentiasa di samping keluarga.

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, 2 minggu lepas(24 Ogos) kami dpt balik kampung. Pd mulanya macam x jadi nak balik sbb adik aku balik, tapi bila fikir2, balik je la. Mana tau kalau family in law turun kl ke, nnt xdpt nk balik btg kali. Kalau diaorg x turun kl pun, blh balik phg pulak sbb cuti 3 hari.

Kami balik sabtu ptg, lepas en suami balik kerja. On the way balik tu, en suami ckp, esok kita makan kat luar nak, bwk mak abah. Aku ok je. Cuma tempat kami x decide lagi. Plan nk makan tghari di kedai berdekatan je.

Pagi ahad tu, hujan lebat. Mujur la mak da beli lauk utk mak simpan. So pagi tu bwk mak pegi segi fresh je dgn yst utk beli brg2 yg x cukup lagi.
Masa bincang2 dgn mak nak beli apa pagi tu, aku bgtau la yg nak ajak mak abah mkn kat luar. Kitaorg ingat nk makan gulai daging salai, tp atas sebab tertentu, x jadi pegi kedai tu. Sambil2 dlm kereta, en suami tnya nk makan kat mana? Kedai mana yg menarik nk pegi selain asam pedas aiman tino kat kkb tu. Situ x penah try lagi. Terus teringat rumah hutan bonda rozita. Sbb penah tgk fb member, diaorg makan kat situ. So aku pun google la. Dpt no phone, en suami terus call.
Org tu kata boleh walk in je. Buka sampai pkl 7pm. Dari sumber yg di baca, katanya kene tunggu giliran utk naik ke atas. So kami cepat2 lah bersiap. Jam pun da pkl 12 lebih waktu itu.

Rumah hutan ni dekat je dgn kampung aku. Laluan nak ke genting highlands, kalau dari kl, rumah hutan ni sebelah kanan. Masa kami sampai, nmpk bnyk kereta. Ingatkan xde parking, alhamdulillah, lps pusing lg skali, ada kereta nak keluar. Dpt la parking dekat. X jauh la mak nak berjalan. Kami tak terus ke khemah menunggu, sbb ingatkan khemah tu ada event lain. Haha.. Terus masuk ke rumah hutan, bila tnya kat bdk yg jaga kaunter tu, rupanya kene daftar nama kat khemah menunggu. En suami pegi daftar nama, kami duduk di ruang menunggu dlm rumah yg disediakan. Cantik rumahnya.. Selesa la.. Tapi disebabkan abahku tak boleh menunggu lama, dan kami amat2 bimbang emosinya berubah.. Kami decide utk menunggu di khemah menunggu pula. Dekat situ ada jual makanan. Tapi agak mahal la bagi aku. Next time kalau nk pegi, bwk la kudap2an sendiri dr rumah sementara menunggu giliran utk naik.

Lama juga la menunggu.. Aku rasa lebih 45 minit juga menunggu. Aku sangat2 risau kalau abah aku berubah mood. Masa da dekat2 nk sampai turn, abah aku da mula x selesa. So mak aku ajak jalan2 dulu, adik aku ajak dia bergambar. Lega sikit sbb dia nak. Lps tu dpt naik pickup truck. Nak ke warong bonda dan rumah urut, kene naik kenderaan yg disediakan. Bayaran nya rm5. Da termasuk dlm bil makan. Hehe..

Dalam perjalanan naik ke atas, masing2 teruja. Ye la kan, x sangka dlm hutan mcm ni, ada binaan yg cantik.. Aku x sempat nk snap gambar2 masa otw naik tu. Gambar2 yg ada ni pun adik aku yg share. Sampai atas, bagi kertas menu yg kami nk order. Masa kat bawah tadi da pilih menu2 yang nak. Kalau menu yg kita nak tu takde, boleh tukar menu lain yg ada. Sementara menunggu hidangan yg dipesan sampai, boleh la jalan2 kawasan sekitar. Tapi aku x berjalan pun. Sibuk uruskan anak2 yg macam2 kerenahnya. Tak lama menunggu, makanan sampai. Boleh la menjamu selera. Hindangan nya ala2 indonesia.. Pekerja pun mostly dari sana. Pada aku makanannya sedap. Cuma kerabu dia x macam kerabu yg aku bayangkan. Hehe.. Macam pecal pun ada aku tgk, tp xde kuah. Kerabu tu je yg x abis. Yg lain alhamdulillah habis. Kami order pun x bnyk. Lagipun masing2 da lapar.

Selesai makan, bayar dan terus minta nak turun. Cashier call driver utk ambil kami. Sampai je pickup truck tu, kami pun naik. Tetiba abah xnak duduk. Dia ckp dia nak turun. So kami pun ikut la dia turun. Aku risau sgt. Mujur kebetulan ada 1 lagi pickup truck dtg. Terus mak ajak abah naik yg tu. Dan minta utk duduk depan dekat dgn driver. Adik aku teman abah duduk depan. Kami semua duduk belakang. Xtau la apa pandangan org pd kami, mula2 nak naik dulu, lepas tu tak jadi pulak. Kesian driver yg memula tu, dia pun mcm blur. Ye la, dia pun x tau apa yg berlaku. Memula dia x bagi kami turun, tapi kami mintak nak turun dr kenderaan tu, baru dia bagi.

Sampai bawah, terus naik kereta dan balik. Waktu pun da pkl 3.. Jadi la da merasa pegi warong bonda di rumah hutan bonda rozita. X sempat pun nk meninjau2 kawasan sekitar. Dpt tgk sekejap je. En suami kata warung tu ada bahagian utk duduk bersila. Lain kali ada rezeki boleh pegi lagi. Tapi kalau nk lunch, kene gerak awal la lebih2 kalau hujung minggu sebab org ramai.

Ok la.. Itu je cerita jalan2 cari makan kami kali ni.
Hrm.. Next time nk try asam pedas aiman tino pulak. Bila tu? Tak tahu la.. Haha..


On the way ke rumah hutan

Bergambar dulu sblm naik ke warong bonda

Excited naik kenderaan ni. Hehe.. 

Menu yang kami order da sampai

Ni info berkenaan rumah hutan. 
Aisyah moody 😅

Ni dekat ruang menunggu. Dlm rumah ni ada dijual produk2 keluaran bonda rozita. 

Lagi gambar kami


Bil.. 

Kenderaan yg kami naik... 

You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah dpt menjamu selera di Rumah Hutan Bonda ye Ira.. teringin nak kesana sbb sllu tgk kt Ig.. suasana nyaman dan tenang ja

    ReplyDelete
  2. wah...baru tau kat situ ada restoran. akak cuma tau ada buka servis urut je.

    tapi bercinta jugak nak tunggu naik pun dah 45 minit. perlu kesabaran..huhu

    ReplyDelete
  3. Oh kena naik pick up truck rupanya.
    Jauh ke dalam rumah hutan ni ye

    ReplyDelete
  4. Ohhh kena naik kenderaan lain ek nak pi makan kat sini. Kalau ajak Pak King lum tentu dia nak ni Ira. Lama pulak menunggunya tu. Kalau sedap kiranya boleh dtg lagilah lepas ni...

    Mmg risau kalau bawak org tua kan Ira, takut diaorg tak selesa

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images