Lama x menjenguk di sini 🧐

Tuesday, October 22, 2019

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya..

Apa khabar semua?
Lama aku x menulis di sini.
Bukan xde apa nak update, tapi mood ke laut dalam.. Hahaha...

Bulan lepas dan bulan ni, seperti biasa event keluarga kecil kami.. Birthday celebration la apa lagi kan?
Bulan lepas birthday kakak, bulan ni birthday en suami.. Bulan depan grand sket... Anniversary kami..
Hahaha.. Grand la sangat.. Xde plan apa2 pun..

Masa birthday kakak, ingat nak ajak family berkumpul, tp sebab cuaca x mengizinkan, tunda ke bulan ni. Skali jalan je la dgn birthday en suami. Tapi... Tak tau la plan nye jd ke x.. X tanya pun lg pd yg lain. Haha... Semalam masa balik kg aku, nk beli kek, tapi sebab x ramai mak kata xyah la, nnt xde org makan. Lagi pun da bnyk makan benda manis. Utk berkumpul dgn adik beradik aku, biasa kami plan bln 9 atau 12. Tp sbb masing2 bizi, kumpul bln 12 nnt la. Plan dgn family en suami cuti deepavali ni. Tapi xtau la mcm mana. Kalau diaorg x dtg kl, kami cadang nk balik kg je. Tgk la cemana nnt.

Utk keluarga kecil kami, ada la pegi makan2 special sket. Masa birthday kakak, kami makan kat nippon shushi.. Nippon shushi ni aku tau dari group produk muslim. Aku share ngan member, lps tu dia pun try. Dia ckp utk penggemar makanan2 jepun, boleh la not bad. Aku ni sebenarnya x biasa mkn benda2 gini, tp sbb si kakak tu sibuk ajak makan sushi, so kita try la kat sini. Pd pendapat aku, makanan yg aku cuba tu, sedap.. Harga berpatutan. Tp nk compare dgn restoran shushi lain, aku x layak la kot sbb x penah mkn kat tmpt lain. Hehe.. Aku makan shushi pertama kali, yg kwn aku buat sendiri. Boleh terima la tekak ni. Sesuai dgn tekak aku yg x memilih. Aku suka kuih mochi. Sedap dan sejuk. Hehe..

Lagi 1 tempat yg aku nk try dan dpt try, kilang kitchen. Sebenanrnya kilang kitchen tu, one of the small stall yg ada kat situ. Tp area tu mmg area kilang. Dia dkt dgn republic of futsal. Ada bnyk stall dlm tu, tmpt makan selesa dan ada busking jugak. Yg ni kami baru pegi jumaat lepas. Semalam aisyah ajak pegi lagi. Memula x perasan kedai mana yg di maksudkan.. Bila dia ckp kedai yg ada nyanyi lagu hutang tu.. Baru la kami faham, dia ajak pegi kilang kitchen. Kat situ aku makan asam pedas, en suami makan apa ntah namanya. Mcm sizling, tp nasi. Lps tu beli kentang cheezy. Alhamdulillah semua sedap. Cuma asam pedas tu, sangat pedas bg aku yg x kuat pedas ni. Xdpt nk menghayati sgt. Hehe..
Next time blh la cuba menu lain pulak.

Minggu ni cuti 3 hari sempena deepavali kan. Alhamdulillah, gaji da masuk jumaat lepas. Dpt la bg mak awal. Bwk mak abah beli brg dapur, cadangnya minggu ni nak balik lg kalau family in law x ke kl. Tapi hati ni berat nak tnya apa plan diaorg. Sbb aku sendiri x pasti dpt balik ke x. Kalau keje settle, boleh la balik. Kalau kene keje, tunda la lagi. Manusia hanya merancang, Allah yg menentukan. Ada la hikmah disebalik kejadian ni. Semoga dipermudahkan segalanya.

Ok la.. Rasa mcm ntah apa2 je update kali ni. Huhu.. Jumpa lagi lain entry..

Wassalam..

Birthday girl dpt hadiah

Birthday girl dpt makan sushi.. 




You Might Also Like

4 comments

  1. Lama Ira tak menulis.. hihi..kengkawan dulu2 yg rajin menulis pun dh ramai yg sunyi.. komitmen masing2 kan..
    betul tu Ira..kdg kita merancang, tapi Allah jua penentu segala..
    selamat bercuti Deepavali nti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan.. Lama betul. Hehe.. Betul tu.. Masing2 busy agaknya..
      Tak sempat lagi jalan2 ke blog atie. Selamat bercuti jugak buat atie. Harap2 ira dpt la settlekan keje sblm cuti.

      Delete
  2. akak dtg jenguk Ira..hihi
    mmg kdg2 mood ke laut, takpelah...kita berblog untuk suka suka.

    sushi..akak pun baru thn ni try makan. itu pun yg jual kat stall Aeon je. Tak pernah masuk restoran. Tak reti..hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images