Hari ni last jadi cikgu English

Wednesday, August 20, 2008

Semalam aku dapat sms daripada kawan aku.

"Esok hari terakhir kelas tuisyen sbb bulan depan dah nak puasa. Payment akan diberi pada 1hb. Terima kasih atas kerjasama anda, tahun depan kita akan mula pada january dengan management baru. Terima Kasih."

Tetiba hati aku rasa cam tak best. Banyak benda yang aku pk. Aku baru je buat nota utk diaorg. Tak siap lg plak tu. Ada bnyk benda yang nk aku kongsikan dengan diaorg. Aku tak pasti diaorg tau atau tak pasal ni.Huhu..tak best nye rasa. Diaorg minta aku ajar buat karangan, aku belum ajar lagi. Sempat ke nak ajar semua mlm ni?

Printer aku plak buat hal. Nota-nota aku buat tak boleh nk print. Aduh.. lewat aku tido smlm. Namun aku sempat simpan dlm pendrive, apa yg aku nk print.

Hari ni aku minta adik aku tlg printkan. Harap2 boleh la print nota tu. Walaupun tak banyak, aku harap dapat membantu diaorg. Lps print nk kene fotostate pulak. Harap2 semuanya selesai. Kadang-kadang, terfikir jgk aku.. kenapa aku sgt excited ek? Ntah2..budak2 tu tak kisah pun. Ish.. apa yg aku fikirkan ni. Ingatlah pada budak2 yang mahu belajar, macam zulkifli, afiq, hafiz, farah, haslam dan asyraf. Setiap minggu mereka ada. Aku harap, hari ni pun mereka ada jgk. Dpt la aku berikan soalan2 tahun lepas dan sedikit nota yang aku da sediakan.

Aku mengadu dgn abang. Dia cakap, nk buat macam mana, buat setakat yang mampu je la, bukan aku tak nak ajar. Sabar la, tggu je la tahun depan. Memang la boleh sabar, aku bukan kisah pasal payment. Tapi tahun depan da citer lain. Student pun da tukar. Rasa lain la. Diaorg anak murid pertama aku. Sebelum ni pernah jgk mengajar, tp kat umah. Tak macam sekolah. So lain sikit la suasana jadi cikgu nye tu. Tapi, betul jgk cakap abang. Nak buat mcm mana. Buat setakat yang mampu je la.

Aku hanya mampu mendoakan kejayaan buat mereka. Paling kurang, diaorg dapat lulus subjek English pun, aku rasa da cukup puas hati. Harapan aku, diaorg dapat capai target yang diaorg beritahu aku tempoh hari. All the best for my students. Good luck!!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images