Ding dong la today.. *&#$&@!!*

Monday, April 18, 2011


Hari ni igt nk update blog citer psl last weeken. Tp kepala aku pening la hari ni. Badan rasa mcm panas. Satu badan macam sakit2. Lenguh2 kaki ni. Pagi tadi rasa tak larat nk jalan. Lps sarapan n makan ubat kul 10 pg td, aku rasa mcm pening2 n nk muntah. Cepat2 g toilet n mmg muntah la, tp x bnyk. Rasa cam flat je hari ni. Sbb pening tu, aku tido kejap kat meja. Tapi biasa la tido takat letak kepala atas meja je, mana ilang pening kepala. Tambah plak ngan call2 berkaitan keje lagi la memeningkan kepala aku. Tapi nk buat camne, da keje kan, kene la buat. Time2 ada isu ni plak la badan kurang sihat. Sabar je la.


Lunch hari ni makan bubur nasi ngan sup ayam je. Tak lalu nk makan benda2 lain. Tu pun paksa gak abis kan. Pastu minum air fresh orange. Lega skit rasa. Masa kat CM tadi, ilang skit pening kepala, bila masuk ofis pening balik kepala aku. Adui.. mcm2 hal. Malam ni abg keje malam, huhu..boring la aku kat rumah. Bila time ada abg kat rumah, masa berlalu rasa cam cpt je. Rindunye kat laki aku tu.. Huhu... Mesti korang menyampahkan? Haha..


Ye la mana aku tak merindu kalau hari2 ada org menyakat aku, tiba smggu takde org sakat. Adik aku rajin gak menyakat, tp adik ngan laki, mana sama cara menyakatnye. Pastu hari2 ada org buatkan susu utk aku, tiba smggu takde org nk buatkan. Kdg2 suruh gak adik buatkan, tapi ikut mood dia la. Kalau dia malas, jgn harap. Kalau abg tu, dia paksa aku minum, so aku xyah suruh buat, dia terus tnya nk susu tak?? Ada org volunteer nk buatkan, so aku angguk la.. Abg buat sedap, kalau aku buat mesti ala kadar je. Ape punye org la kan.. Hehehe.. dr dlu lg aku x berapa sgt minum susu ni. Tu la kot time pregnant ni lenguh sana sini, kurang calcium tulang aku ni.


Mulai hari ni kene la rajin2 minum susu. Utk kebaikan aku pada hari tua nnt jgk dan utk kebaikan anak aku. Erm.. sebut pasal anak ni, minggu ni sikecil kami ni da msk 16 minggu, bersamaan dgn 4 bulan. Perut da jelas kelihatan. Masa g beli kek sabtu lps pun, bdk cashier tu tnya, pregnant ke? da bape bulan? Huhu.. Tak boleh cover lg ma... Kalau dalam tren pun, sekarang ni akan ada org offer duduk, cuma cpt ngan lambat je la. Stgh org, tggu sampai tmpt dia nk turun br nk kasi duduk, ada org nmpk je org pregnant terus bangun n bagi duduk. Sememangnya aku xnk belas ihsan org, mentang2 la pregnant, saje tnjk perut biar org bg duduk. Tapi bila aku pk2 balik, cuba bayang kalau aku berdiri n hanya berpaut pada tali pemegang tu, bila tren jalan or nk berhenti, ada inersia(istiliah fizik) berlaku. Kalau inersia tu kecil, impaknya tak la besar. Just bergoyang sikit je. Cuba kalau tren tu berhenti mengejut, tak ke tersembam semua yg berdiri tu?? Kalau bdn sorang, tak pe la jatuh kan? Kalau ibu mengandung jatuh? Kan bahaya tu... Pnjg lak keterangan aku. Hehe...


Sebelum ni aku ada citer yg perut aku selalu mengeras. Skg ni pun selalu gak dia mengeras. Aku rasa tegang je perut aku. Ada masa dia tak mengeras, bila aku baring, tak nmpk la buncit sgt. Semalam hari hujan, kami tak kemana2. Aku baring2 dpn tv, abg pegang perut. Pastu dia tanya, perut tak keras? Aku jwb: tak, dia tido kot. Hehe..memandai je aku. Pastu time maghrib tu aku ngadu ngan abg, perut mengeras, pastu abg balas balik: dia tak tido la tu. Apa la agaknya aktiviti sikecil kami dalam perut tu ye?


Tadi aku ada baca skit psl perkembangan bayi 16 minggu. Dia kata baby kat dalam or luar rahim kegemarannya ialah bermain. Skg ni dia da pandai main ngan tali pusat dia. Dia juga ada buat gerakan2 mcm melonjak, mencekau, isap jari, menendang, menumbuk. Tapi masa ni dia kecik lagi, so si ibu tak la rasa. Cuma rasa cam gerakan halus dlm perut. Ada masa tu rasa cam angin je. Rasa bergelora je perut. Huhu.. Semalam ada gak rasa cam dia mencekau, tapi sangat perlahan & halus rasanya. Aku rasa masa tgh solat. Geli pun ada, mujur aku x gelak time solat.


Erm.. harap2 tak demam la hari ni. Huhu.. aku gak silap, g bedal ais krim sape suruh kan? Smlm sblm hujan tu panas betul, so aku saje la ckp ngan abg, dpt makan ais krim ni mesti best. Pastu aku x tau bila abg keluar, tiba2 aku tgk dia balik bwk ais krim wall selection double dutch. Huhu.. da la mahal ais krim tu. Abg ske jgk makan aiskrim. Tu yg dia semangat g beli tu. Hehe.. tp dia makan sket je, al-maklumlah, dia baru je nk baik demam. Hari jumaat lepas, panas berapi badan dia. Risau aku. Siap selimut ngan toto lg. Alhamdulillah, hari sabtu tu da kebah skit. Semangat lagi nk berjalan. Mujur ahad tu kami tak ke mana. Kalau tak mau la demam balik kesayanganku itu.


Sian tgk abg bila demam. Tp aku jd tak kesian bila dia saje2 buat2 demam teruk sgt, ngan muka berkerut, siap ngan sound efek mcm haji bakhil demam. Hehe.. nakal la laki aku ni. Tu yg buat makin syg tu. Menyakat tak habis2...


Ok la.. dr pening nk mengupdate, terus panjang lebar. Hehe.. ilang skit pening aku ni. Harap2 ok la balik keje ni. Aku nk g solat asar. Da kul 5 lebih da..


p/s: Happy birthday to my brother, Mohamad Zulhilmi. Da 17thn da dia. Teringat dlu masa kecik2 aku yg jaga dia. Melayan kerenah dia. All the best utk spm ni. Smga murah rezeki & jd insan yg berguna pada agama, bangsa n negara.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images