Cuti2 family kecil kami: Cameron Highlands 17.03.2018
Thursday, March 22, 2018Assalamualaikum kawan2 semua..
Diharap semuanya sihat dan ceria selalu walau dimana jua berada.
Lama tak update blog. Hihi.. bkn xde cerita, tapi tak sempat nk menaip.
Alhamdulillah, kami diberikan kesempatan utk bercuti ke cameron highlands pada cuti hujung minggu yg lepas. As usual, last minute plan. En suami beriya2 ajak p cameron. Pd mulanya aku mcm malas je nak pegi. Beberapa kali jgk la aku tnya dia, sempat ke nak pegi, cuti 4 hari je. Abahkan minta tlg meracun dgn nk pasang mozek. Lps dpt confirmation dpd adik dia, dia ckp xpe. Mozek x beli pun lagi. Ok la..aku setuju. Dia start survey hotel dulu.. Aku pun survey2 la jugak. Bila tgk harga homestay mcm lebih kurang je dgn hotel, aku tnya la en suami, adk beradik dia sape yg balik kg mggu tu, blh la ajak sekali. So sebelum kami booking, dia tnya dulu fmly dia. Ye la kan, da alang2 pegi area phg. Plan kami nk gerak dr kg kalau adk beradik dia nk follow. Hari khamis br dpt confirmation yg fmly dia tak follow. Ye la kan, last minit pnya plan, masing2 ada kekangan sendiri. So kita book hotel je la.
Survey2 hotel, yg harga bwh 200 semua da sold out. 250 ke bwh pun da x bnyk. Try date 18 dan 19 march pn sama. Memula cari yg dkt tanah rata, sbb adk ipar ckp pasar mlm da pindah ke tanah rata. Dlm survey2 tu, jumpa hotel wan alyasa, sblm ni mmg da nmpk da, tp hrga 250 ke atas. Lagipun area brinchang, kami cari area tanah rata. Tapi disebabkan da x bnyk choice, aku try je tnya en suami, ok ke hotel ni? Dia ckp ok je. Xpe la area brinchang pun. Then dia try call. Dia ckp ada lg kosong utk tarikh 17-18 dgn 18-19. Dia tnya nk tarikh bila, huhu.. Payah jgk nk decide ye. Aku ckp ngan dia, kita amik 17-18 la.. At least kalau adk beradik dia da meracun or psg mozek, hr isnin dia sambung la mana yg x siap. Nk g 18-19 macam x sedap plak, balik kejap, lps tu berjalan, lps tu nk balik kl da.. Room type amik yg katil 1 extra large double bed, 1 single. Harga rm250, masih dlm bajet kami. Hihi.. Da ber4, kene la katil luas. Hari jumaat baru booking hotel. Mmg last minute ni. Nk pakai redah je tanpa booking, x berani pulak. Hihi. Book pun senang je, call dan bgtau phone no. Nnt diaorg akan call semula utk confirmation. Mcm kami, hr sabtu pagi diaorg call.
Hari sabtu, kami gerak mcm nak pergi kerja. 7.30am da keluar rumah. Sarapan beli kat petronas je. Makan dlm kete je. Punya la nk jimat masa kan.. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Tak jem, cuma kereta bnyk je dkt gopeng kot kalau x silap la. Kami exit simpang pulai. Jalannya pun da ok. Xde nampak tebing yg tinggi dan curam tu. Diaorg da buat terowong dan tebing pun dah ada devider.. Kalau x, scary nk lalu..
Check point pertama kami adalah Cameron Valley Plantation, Kuala Terla. 1st time kami pegi sini. Memula nk try naik 4x4 safari, sorang rm10. Tapi macam panas je masa tu. En suami ckp, esok la.. Otw balik kita pegi. Aku ok je. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Disebabkan check in kul 2, kitaorg jalan2 la dulu.. Next stop adalah lavender garden.
Lavender garden ni, kali ke 2 kami jejak sini. Masa tu aisyah dlm perut. Jalan pun xlarat, tapi gigih juga berjalan sambil dipimpin en suami. Haha.. Kali ni pimpin tgn anak2. Ada jgk berpimpin tgn berdua, tapi x lama la..sbb anak2 da berdesup berlari. Lagi2 si kecik aisyah tu. Excited bkn main. Kami x explore sgt sbb da penah pegi kan, cuma ada la bergambar dkt port2 yg disediakan. Masa kami pegi dulu, xde patung2 panda. Kali ni cantik pulak patung2 panda dia. Tapi x bergambar pun kat situ sbb org ramai. Perut lapar, so kita makan jap kat dlm tu. Bkn makan nasi pun, makan aiskrim stoberi dgn muffin. Bkn main berebut bdk berdua tu. Sambil2 tu perabihkan kuih yg dibeli kat petronas td.
Siap makan, sambung jalan2 dlm lavender garden. Sempat la membeli sepasu lavendar dan sepasu pokok serap busuk. Sepasu rm10, ok la kan. Cuaca pun da panas, kami turun utk teruskan perjalanan. Plan asal nk berhenti makan, tapi tak berhenti pun, lalu je. Hehe.. Sbb parking penuh. So teruskan je la perjalanan yg semakin perlahan sbb kereta bnyk. Dkt kea farm tu bkn blh laju pun, so kami just follow the flow, sedar2 da sampai brinchang. Cari2 hotel yg kami book, ntah mana, terlajak sampai ke stesen minyak. Alang2 sampai situ, isi minyak siap2. Lps tu waze balik hotel td. Da pkl 2 lebih, check in terus la.
Sampai hotel, aisyah yg nyenyak tidur, terus terjaga. En suami pg beli makanan. Syukur sgt, sbb kedai makan dkt bwh hotel tu je. Da plan, mlm nnt mkn kat situ je la. Mkn tghari dkt kul 3. Sedap pulak sup ayam dia. Hihi.. Da lapar, semuanya sedap.
Lepas makan, solat dan berehat..kami keluar semula.
Plan kami ke tanah rata. Di tanah rata, kami cadang nak ke ladang teh tepi jalan tu.
Tapi parking takde. Dua2 tempat, parking penuh. Ada parking disediakan, tapi kene berjalan jauh.
My en suami ni, tak berapa gemar kalau nk kena menapak. Kalau boleh nk parking depan kedai. Hihi..
Lama jgk menunggu, xde parking, kami mencuba nasib ke ladang teh yg satu lagi. Sama jgk, parking tak ada. So sama2 decide, tak payah la pegi tempat teh tu.
Kami patah balik dan ronda2 area tanah rata. Plan nak ke tempat yg aku share dgn en suami.
Tempat makan dekat stesen bas. Tapi tak tau dekat mana nk masuk, so kami cancel je la.
Kita pegi pasar malam je la. Pasar malam da tukar tempat. Dekat sg ruil kalau tak silap aku.
Dalam kul 5 lebih kami tiba di pasar malam. Parking dah takde, ada pun, kene jalan jauh.
Aku ckp, xpe la jalan jauh skit. Lepas tu cuba nasib cari parking kat kawasan perumahan.
Alhamdulillah, ada org nk keluar, so kami park di tempat yg sama.
Pasar malamnya luas la jugak. Macam masa kat brinchang dulu. Tapi parking payah.
Kalau stay dkt apartment yg berdekatan ok la, jalan kaki je. Dekat pasar malam, kami beli benda2 makan je. 1 plastik Keledek rebus, 1 cawan jagung rebus dan 1 jagung bakar dgn harga rm10 utk 3 item tu..
Mahal gak la. Beli air green tea dgn roselle. Green tea mmg kegemaran kami sekeluarga.
Lepas tu teringin plak nak makan cendawan goreng.
Da ramai org kita yg meniaga kat pasar malam tu, so senang la nk memilih.
Si kakak sibuk nak key chain, so kita cari la 1 utk dia. Nk memilih key chain punya la lama.
Tetiba hari hujan. Lebat juga la.. terpaksa berteduh dkt gerai jual key chain tu.
Kebetulan gerai sebelah ada jual payung, so beli la sekaki payung stoberi. RM15 tau.
Mahal, tapi sbb nak payung kan anak2, beli juga la.
Dalam hujan2 tu jgk, gerak ke kereta. Si kakak nak stoberi celup coklat, ok la.. ayahnya belikan sebekas. Diaorg makan dlm kereta, sekejap je da abis. Kami ni dpt merasa sorang seketul je.
Sedap la tu. Kakak siap meratah coklat lagi.
Dari pasar malam, kami gerak balik ke hotel. Tapi... tak abis jalan lagi. Park kereta, terus berjalan kaki di area brinchang pulak. Dekat area brinchang ni ada gerai2 jual barang2 mcm cenderahati, baju2, teh dan macam2. Cuma takde jual sayur je. Kat sini, kami beli bantal stoberi. 2 bijik rm25, 1 rm13. Huhu.. anak2 berkenan kan, kita beli la. Lagipun, boleh buat diaorg baring2 dalam kete.
Lepas melintas jalan nk ke hotel, nampak pulak gerai2 food truck. Singgah lagi. Ada kerabu maggi.. teringin la pulak. So kami pun mencuba. Sebekas rm7. Cam sedap je. Mmg sedap pun walaupun pedas.
Da dekat maghrib, kami naik ke hotel. Mandi, solat dan berehat. Malam plan makan dekat bawah je. Lewat gak la kami turun. Dalam kul 9 camtu. Aku sakit kepala sangat. Tak tau kenapa tiba2 je sakit kepala. Da tidur sekejap pun, x hilang. Kami makan di restoran nik ikan bakar, kalau tak silap la namanya gitu. Sementara menunggu makanan, en suami belikan roti. Makan roti sikit, lps tu makan panadol. Siap makan, terus naik ke hotel semula. Tak de jalan2 da. Penat. Tapi si aisyah tak penat. Dia boleh melompat lagi malam tu. Org da mengantuk, dia segar lagi. Sebab sepanjang perjalanan dalam kereta, dia tidur. Ingatkan dia tak sihat sbb asik tidur je. Bila malam elok pulak segar.
Haaa.. bkn la tak sihat tu.
Malam tu tak rasa sejuk pun, mgkn dkt hotel tu ada alat pemanas kot. Pijak lantai baru rasa sejuk. Air nye sejuk bkn main. Alhamdulillah, malam tidur lena, takde bunyi apa2. Cuma hati tu la berkata2 je.. Masa nk lelap mata, takut pun ada. Bkn takut apa, sbb sebelah belakang hotel tu ada construction. Takut tanah runtuh je.. hihi.. Bila da lelap tu x igt apa da..
Ok la.. aku kene stop sekarang.
Rasa mcm panjang je entry ni. Ada masa aku sambung lagi ye..
Wassalam..
****************sambung lg*************
Hari ni baru dpt nk upload gambar.
Adui.. 1 entry seminggu nk siap.. Haha.. Sambungan entry, mau la minggu depan br dpt baca ye.. Hihi..
Layan la gmbr yg ada..
Terima kasih sbb sudi membaca entryku ini..
Maaf la, gmbr x ikut turutan.. Hihi..
![]() |
| Aisyah br bgn tidur |
![]() |
| Sama pulak gaya bdk2 ni dgn kitty tu.. |
![]() |
| Posing dgn kitty dan panda. Ni kat lavendar garden. |
![]() |
| Cakk.. Dicelah2 bunga daisy, kene paksa dgn en suami.. |
![]() |
| Love 💓 |
![]() |
| Anak2.. Posing nk melompat2,tp x jadi.. |
![]() |
| Posing dekat bunga.. Ibu x pandai nk shoot cantik2.. |
![]() |
| Our little family.. 👪💓 |
![]() |
| Adik dgn kakak bersama patung2 lavendar |
![]() |
| Cameron valley.. |












6 comments
Wah bestnya g Cameron Highland. Nyaman nya udara kat Sana kan..
ReplyDeleteAah.. Sejuk bila ditiup angin.. Hihi..
DeleteWahhhh seronoknya berjalan....Cantik bergambo anak beranak dengan bunga bungan tu. Tak de acara gambo dulung dukung ke Ira hahahaha... Hakak lama tak ke CH Ira. Bilalah dpt pergi lagi entah.
ReplyDeleteKorang tido hotel mana?
Eh pasar mlm dah tukar tempat ke? Bukan dekat tepi jalan atas tu lagi ek?
Hakak kalau ke pasar mlm tu suka beli jejemput keledek. Jarang jumpa tu tau kat KL hahaha.
CH nak sejuk harap kalau hujan jerlah kot kan.
IraThursday, March 29, 2018
DeleteHihi.. Seronok la kak. kalau berjalan ke mana pun seronok kan..
Hahaha.. Tak de la kak.. Mau tergolek nnt kalau berdukung-dukung. Badan ni da semangat.. Haha..
InshaaAllah, ada rezeki dan kelapangan blh pergi dgn pak king.
Kitaorg tdo hotel wan alyasa, dkt brinchang. Aah da tukar tempat pasar malamnya. Pasar malam dekat area nk ke tanah rata. Ada signboard utk ke pasar malam.
Oo ye ke, lenkali blh la try jejemput keledek kalau pegi sana lagi.
Aah.. Bila ditiup angin, sejuk la kak.. Tp air kat situ mmg sejuk.
seronok dapat bercuti dan jalan2 dengan family. ye lah cameron dah tak berapa sejuk sekarang ni berbanding dulu, cuma bab air tu memang masih sejuklah
ReplyDeletecantik pulak lavender garden tu. akak ni tak pernah sampai situ lagi :)
ReplyDelete