Cuti2 Family Kecil Kami : Cameron Highlands + Balik kg

Thursday, April 05, 2018

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik dan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan seharian..

Hari ni nak sambung entry jalan2 cuti sekolah baru2 ni..  Hari Ahad 18 Mac 2018. Pagi tu plan dgn en suami, ke mana nak pegi hari tu.. Hrmm rasa cam tak lengkap la pulak kalau ke cameron tapi tak ke ladang teh kan? Semalamnya xdpt singgah.. Kengkonon nk bergambar mcm zaman baru2 kawen dulu.. Haha.. Nampaknya, kene pegi lagi la ni..

Pagi tu en suami beli breakfast. Aku siapkan anak2. Plan nk terus check out je. Lps sarapan dan bersiap, kami terus check out. Sempat juga la anak2 posing depan hotel.

             Anak2 posing di dalam dan luar hotel

Ayah nk bergaya dgn vespa, hihi.. Anak2 nak ikut jugak

Depan hotel, ada motor lama.. 

Plan kami nk ke ladang teh cameron valley yg kami singgah semalamnya. Haha.. Masa ni confident giler yg jalan balik adalah ke arah simpang pulai, sbb en suami ckp ada nmpk signboard sg koyan kat situ. Masa keluar dari kawasan hotel, ada pasar pagi dkt area balai polis.. Aku ckp ngan en suami, singgah sini la, kalau ada brg yg dikirim blh beli terus. Dkt kea farm tu nnt jem dan parking susah.

Dkt seberang jalan depan balai polis tu, parking kosong lg, so senang la nk parking. Pasarnya pun belum ramai org. Aman je la jalan2 kat situ. Walaupun gerai jualan x bnyk mcm pasar malam, tapi apa yg kami cari ada. Sayur2an pun bnyk pilihan jugak.. Kitaorg beli serba sikit utk dibawa balik. Stoberi 5 kotak rm15, lps tu jalan depan sikit 8 kotak rm25 kalau x silap. Yg besar2 skit rm30. Tapi kami da beli, so tgk je la.. Hihi.. Kawan aku ckp, kalau luar musim cuti sekolah, harga sayur lagi murah. Cuma x berapa syok la kan sbb x ramai org. En suami x suka berjalan tempat yg x ramai org. Hotel pun, dia x suka yg sunyi, mcm xde org duduk.. Hihi.. Xbest katanya..

Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan.. Dgn rasa confident arah balik ikut sg koyan.. Hihi..
En suami siap cakap, buatnya kita kene patah balik, masak la nk menempuh jem. Haha.. Instinct kami berdua rasa mcm salah je jalan ni. Tapi sebab nak pegi ladang teh kat kg terla tu kan.. Teruskan je perjalanan..

Sampai kat ladang teh tu.. Memula nak naik jeep yg kene byr tu.. Masa dlm kete, tgk ladang teh yg tinggi membukit tu, mulut cakap, x sanggup la nak panjat. Tapi bila tgk jeep pn mcm ramai org je.. Malas pulak la nk tggu. Lagi pun malas nk bayor.. Haha..
Ckp ngan en suami, kita amik gmbr dekat2 sini je la.. Konon2 amik gmbr dekat2.. Bila tgk anak2 da berdesup memanjat ladang teh tu.. Ibu dia terpaksa la sanggup memanjat jugak. Laju betul bdk berdua tu. Si adik pun sama.. Renek je nampak dr celah2 daun teh tu.. Dalam mengejar anak2 tu, sampai juga la kami kat atas. Huuu..  Sejuknya... Kene tiup angin.. Masa kami naik tu da tghari.. Alhamdulillah, cuaca redup, masa kat atas tu.. Dpt la lama berposing atas tu. Tapi nak posing berdua sweet2 x dpt la sbb dlm hati berdebar anak2 berlari sana sini. Atas bukit kot.. Tergolek kang aku yg nangis..

Anak2 mula memanjat bukit.. 

 
Posing kat ladang teh pn jadi laa.. Susah nak bergambar dgn budak berdua ni..

Family picture.. Nampak x aisyah di mana? Hihi..

Setelah turun dari ladang teh, kami meneruskan perjalanan balik. Tapi singgah makan dulu. Kami makan kat muslim kafe, kalau x silap aku la namanya lebih kurang gitu. Aku ni part igt nama kedai mmg failed. Lokasi bersebelahan lavendar garden. Kami makan nasi berlauk. Setiap lauk da tertera harganya.. Hehe.. Pada aku agak mahal la.. Tapi nk wat goner kan, bayar je la bang.. Lepas makan en suami tnya org kedai, arah jalan balik kalau ikut sg koyan. Dia nak dptkan kepastian je. Dan mmg confirm da salah jalan.. Haha..

Tapi xkisah la, sbb xde nak kejar apa pun, so kita rileks je la layan jem nk menghala ke tanah rata. Dalam perjalanan tu, sempat la singgah dulu kat kasimanis strawberry farm sbb en suami nk beli stoberi coklat. Xpuas makan katanya.. Aku x turun dr kereta sbb si aisyah tidur. Dpt la merasa stoberi coklat. Tapi x sesedap yg dkt pasar malam tu.. Jadi la kan dpt merasa. Nnt meleleh air liur plak.. Haha..

Perjalanan balik melalui sg koyan tu tenang je.. Tapi jemu juga la rasanya.. Nk sampai ke koyan tu jauh jgk. Kali pertama kami lalu jalan ni. Jalannya tak bnyk kereta. Rumah org pn xnmpk.. Kena make sure kenderaan kita conditionnya ok dan minyak cukup. Ye la kan, apa2 hal tgh jalan, risau juga. Kalau lalu situ nnt nmpk empangan baru. Kagum jgk la aku menengoknya. Hihi..

kesayangan hamba

Aku suka gambar ni.. 

Dalam perjalanan balik umah mertua di bkt damar, tetiba teringin plak nk merasa lemang to'ki. Hehe.. Ate da jalan2 kan, ni la masanya. So kami terus je la ke bentong. Lemang to'ki ada 2 tempat. Kami singgah yg 1 lg. Nama kawasan tidak ku tahu la. Aku ni geografi ni kurang sikit. Kalau korang nk try, gugel la ye. X pun waze je. Haha.. Masa kami sampai tu lemang masih ada, tapi rendangnya udah habis. So kami beli je la lemang saja.. Dgn ayam bakar. Dua2 pun sedap. Lemang kami makan dgn kari ayam. Kari ayam pun da nk abis da. Asalkan ada. Sebekas lemang selamat dimakan anak beranak dlm kereta sepanjang perjalanan ke kg. Masing2 kelaparan. Hihi..

Tiba di kg da maghrib. Rumah kosong, fmly in law keluar. So kami je la kat rumah. Siap mandi semua.. Perut lapar. En suami ckp eh ada rendang. Haa.. Sedang elok la kan makan dgn lemang yg kami bwk ni. Alhamdulillah..  

Seperti yg aku cerita sebelum ni, kami ambil cuti 2hari, so hari isnin dan selasa kita cuti2 di kampung pula.. Mcm biasa cuti2 kat kg yg bestnya dpt makan masakan mak la kan.. Tak kira la mak aku ke, mak mertua ke.. Mkn mesti bertambah2. Kene pulak tekak jenis x memilih.. Semua layan. 

Hari isnin en suami ke ladang dgn abah mertua. Aku duduk rumah melayan anak2 dgn ank buah. Petang isnin igt nk ajak en suami try roti john cheese leleh.. Sbb alang2 g bank kat temerloh. Tapi x jd. Jalan2 je la dkt semantan walk, lps tu try coconut shake hogoh de coco. 

Malam mak mertua ajak p makan dkt caribou wok & grill. Hehe.. Terkejut jgk la kan.. Sbb diaorg baru je makan situ hr sabtu. Kita ikut je la.. Tapi malam tu abah x berapa sihat. Sbb siang ke ladang. Mungkin sbb faktor usia, bdn dah x fit nk buat kerja2 ladang. Mak mertua ckp, abah mertua mmg mcm tu, kalau dia buat kerja berat, mlm dia akan demam. Malam tu abah mkn nasi grg cina, mak makan mee goreng, aku makan anak2 pnya je chicken grill dgn fish n chip. En suami makan steak. Adik2 ipar chicken chop dgn fetuccini carbonara. Aku tumpang sesuap dua semua org pnya makanan. Haha.. Semua sedap, kecuali fish n chip kurang menambat selera aku yg jenis tolak batu ngan kayu je ni. 😂😂 Alhamdulillah.. Malam tu tok lanje. Hihi.. Semoga murah rezeki atok aziz dan wan noraini, semoga ladang tok menghasilkan buah yg lebat dan bermutu..aamiin.. 😃

Hari selasa bersiap2 untuk balik. Mak mertua buatkan bubur jagung yg kami beli kat cameron. Alhamdulillah.. Sedapnya.. Kami balik lepas zohor. Malas nk balik lewat sbb xnak sangkut jem org blk kerja. Sampai rumah, nmpk la kesan2 kawasan rumah dipukul ribut. Syukur rumah kami xde apa yg rosak. Cuma ada air mengalir dr tgkt atas adik aku ckp. Mujur la dia ada kat rumah. Dia dah alihkan karpet dan cover plug kat dinding rumah. Katanya air mengalir kat situ. Rumah tgkt 5 teruk jugak la..tercabut bumbung kot.

Alhamdulillah.. Selesai jgk cerita cuti2 kami dan balik kg walaupun da basi. Hihihi.. Jenuh nk menghabiskan. Korang pun jenuh nk membaca kan? Terima kasih sudi meluangkan masa utk membaca entry ini. Ada masa nnt aku menulis lagi.
Wassalam..

You Might Also Like

4 comments

  1. biasalah orang tua ni kadang mereka nak adil pada setiap anak2 kan, sebelum ni dah bawa anak yang ni makan, mesti nak bawa anak2 yang lain juga merasa.

    Sedap tak makan rendang tu?? kikiki ...hakak la yang masak rendang tu, ayam yang abah bela. eh tak sangka dapat makan dengan lemang sedapnya lah.

    boleh tu ajak anak2 beraerobik. ekat rumah ni kalau mama dorang bersenam je semua pakat gelak2 ikut kat belakang, takpelah dorang pun join sekali bersenam, kalau mama lupa dorang yang cakap, mama tak bersenam ke malam ni? kadang mama memang malas wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg agak sbb mak puasa hr tu.. Tp mgkn jgk sbb nk bg adilkan sbb kami je x merasa makan situ lg.

      Of kos la sedap.. Siap sambung makan esoknya lagi.. Hihi.. Bnyk rendang tu, rajin kak lah masak. Ada mak ckp, kak lah yg masak rendang tu. Ayam abah bela. Plan diaorg nk bela lg ayam utk sembelih raya nnt.

      Haha.. Angan2 je nk bersenamrobik dgn anak2 kat rumah. Kerja rumah sampai ke petang x abis2 bila hjg mggu. Tapi mggu lepas da start la senam petang2, ada tukang bwk pg taman.. Hihi..

      Delete
  2. huhu...panjang juga tu ceritanya... rajin menulis.
    Cameron ni biasa sangat lalu tapi belum berpeluang bercuti2

    ReplyDelete
  3. Wah cantiklah gambo Ira... pakaian sedondon pulak tu.
    Malas kat CH ni satu je, jalan jemkan. Kita yg duk sebelah ok lagi , kesian kat org yg bawak keta tulah... kski mesti lenguh hihi...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images