Tetamu Kecil : Selamat Jalan Sayang!

Monday, February 18, 2019

Assalamualaikum kawan2..

Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Kemana cuti 2 hari? Aku rehat2 kat rumah je. Nk berkemas sebenarnya.. Tapi badan ni x kuat. Kaki sakit kalau berdiri lama2. Sambil duduk2 tgk budak2 ni buat sepah, habiskan la menaip entry. Entry ni da taip mggu lepas lagi. Bersambung2 tak siap2. Hehe..

Jenuh juga nk menghabiskannya. Tapi ambik masa jgk la habiskan.. Pengalaman berharga kan.. Harus lah diabadikan di sini.. Maaf jika entry ni terlalu panjang. Terima kasih pada yg sudi membacanya. 

23hb Jan 2019
Subuh tu aku bangun, terasa sakit bahagian perut. Lps buang air kecil, ada keluar ketulan darah beku.. Aku pastikan betul2 sama ada darah atau kantung mcm doc ckp tu. Doc guna istilah isi ikan.. Disebabkan ketulan darah tu besar2 aku pn tak sure kantung ke bukan. Jadi aku kumpulkan je darah beku yg besar2 tu. Doc pesan bwk g spital kalau kantung da keluar.

Aku da mula rasa sakit yg amat sangat. Sampai tertunduk-tunduk berjalan. En suami tgk aku sakit mcm tu, dia decide tak pegi kerja la. Dia tnya nk pg hospital ke? Aku ckp nnt dlu la.. So pagi tu melayan sakit yg kejap dtg kejap hilang.

Aku minum air panas suam. Kerap minum air panas suam. Bila darah beku tu nk keluar, sakit dtg menyerang. Menangis tak usah ckp la.. Takde apa yg aku blh buat. Urusan anak2 en suami yg uruskan. En suami ambik aisyah dr rumah pengasuh. Rindunya pada anak2. Tapi tak dpt layan diaorg pun. Aisyah pulak dok mintak susu la.. Tnya ibu kenapa.. Ibu sakit ke..

Tak tau nk kata sakitnya.. Allah shj yg tahu.. Org2 yg pernah keguguran je yg tahu sakitnya. Dalam kesakitan tu, ingat pesan mak, baca doa nabi yunus dan istighfar banyak2 masa sakit tu. Itu je la yg aku buat sambil merintih.. Ya Allah.. Sakit.. Nangis.. Kalau nk bersalin tu, ada baby dlm perut kita, so bila sakit tu.. Ada motivasi la jugakkan bila fikir baby.. So apa yg aku buat.. Aku ingat Allah nk ampunkan dosa2 aku je.. Aku istighfar.. Org kata sakit keguguran ni lagi sakit dr bersalin. Aku xblh nk buat perbandingan sgt sbb aku bersalin czer sblm ni. Tapi sakit masa sblm operate aisyah tu, x sekuat sakit gugur ni. Kalau skala sakit tu, dalam 4 je kot. Sakit gugur ni, skala 9-10.

En suami masakkan aku sup ayam, tapi sbb sakit sgt, aku xde selera nk makan. Aku makan utk tenaga je. Ada la beberapa suap. Si aisyah marah aku.. Ibu makan la.. Nnt aisyah ckp dgn ayah, ibu tak makan. Adui.. Sabar je la aku dgn aisyah. Mujur la aku x marah dia.. 

Banyak kali aku tukar pad. Masa tukar pad, aku tggu je darah beku2 tu keluar, mmg lama la duduk bilik air tu. Penuh semangkuk tau fu fa yg rendah tu. Dgn yg mengalir lagi. Tapi masih belum keluar lagi kantung yg dimaksudkan. Sampai la waktu zohor.. Aku da tak tahan sangat2. Aku merangkak sambil menangis panggil en suami.. Jom la pegi hospital.. Tak boleh tahan da ni.. Aku merangkak ke ruang tamu, tgk en suami tertidur kat kerusi.. Kesian dia penat.. Dia tgk aku da mengerang tu, dia siapkan aisyah.. Dia hantar aisyah ke rumah pengasuh.. Sementara nk tggu en suami siap, aku tidur. Tak lena pun, tapi dpt la legakan sakit tu sekejap.

On the way nk ke hospital, jalan jem pulak.. Biasa la kat dpn hospital tu mmg selalu jem. Sementara nk sampai tu, sakit dtg.. Pegang la kat pemegang pintu tu.. Nk menahan sakit. Sampai kat hospital, berjalan ke emergency dpd parking. Masa x sakit, jalan laju2.. Sampai emergency terus duduk kat kerusi. En suami yg communicate dgn staff hospital. Tak lama pun tggu, bdk tu terus daftarkan aku. Dia check rekod, smlm ada dtg. Aku ckp la.. Aah.. Hari ni sakit sgt dan darah bnyk keluar.. Sempat lagi la aku tgk notice board kat situ, ada dipaparkan pain assessment tool. So senang la nk cakap sakit tahap apa. Kalau sakit sgt2 tu skala 10, sampai air mata keluar. Lps daftar, terus masuk zon kuning. Baring kat katil sementara tggu doctor dtg check.
Ni la pain assessment tool yg aku tgk kat hospital tu. Aku google jmpa gmbr yg sama. 

Doc check, ada rekod smlm da dtg. Hr ni dtg lagi. Hr ni dtg sbb sakit sgt2 dan darah bnyk keluar. Doc tnya ada ambik gmbr tak ketul2 darah yg keluar, since aku ckp aku x sure kantung da keluar ke belum. Then doc ckp, kita scan dulu. Masa scan tu, doc ckp mcm ada lagi belum habis keluar.. Lps tu diaorg tolak semula ke katil. Diaorg ambik darah lagi. Dan bgtau gynea akan dtg check. Puan jgn risau ye. Nurse bgtau puan start puasa ye. Tggu sampai gynea dtg. 

Ptg tu baru gynea dtg. Doc perempuan melayu dgn seorang doc lelaki cina. Diaorg nk scan ikut bawah. So kene pegi dekat emergency zon tak kritikal. Disebabkan aku x larat jalan, so nurse lelaki la tolak. Huhu.. Doc scan, dia ckp x abis keluar lagi. Dia bgtau la kalau blh biar keluar sendiri. Lps tu dia bg option, nk balik atau nk admit. Kalau admit, diaorg akan monitor. Kalau x admit, aku kene dtg balik la kalau sakit atau pun, dtg balik hr isnin utk check balik dan tambah mc. Sbb mc aku sampai jumaat je, doc xblh nak bg terus sampai 30hb tu. Dia bg aku masa utk pk. Memula aku ckp nk balik. Lps dia berbincang dgn doc cina lelaki yg dtg dgn dia td, dia jmpa aku semula. Dia tnya puan betul2 ke nak balik? Ke puan nk admit. Aku ckp la.. Saya takut saya sakit mcm td je. So doc ckp, Admit la ye.. Dia bgtau la apa kene prepare. Dia suruh nurse prepare utk admit. Sementara tggu tu, aku bgtau en suami. En suami pun prefer admit. Ye la mak2 ni pk kan anak2 yg tinggal. Tapi kalau da sakit, x terlayan da anak2. Tetiba rasa sedih pulak kene admit. Huhu.. Sempat la en suami menyakat tu. Disebabkan aku bwk baju, seluar, underware dgn tuala je.. En suami kene la beli selipar, ubat gigi dgn berus gigi. Dari emergency ke bhgn wanita dan kanak2 tu jauh gak. So kene naik wheelchair lagi. Nurse yg sama tolak. Huhu.. Segan pn ada. Tp nk buat cemana kan. Mmg keje diaorg. 

Malam tu bermalam kat hospital. Nurse ada bg ubat, dgn izin Allah.. takde la sakit sgt mcm pagi tadi. Alhamdulillah.. Blh tdo walaupun x lena. Anak2 tidur rumah pengasuh lagi.. 

24hb Jan 2019
Pagi tu doc dtg check. Dia ckp da mmg confirm miscarriage, alang2 admit diaorg nak masuk ubat 5x. Aku setuju je la.. Kalau boleh xnak buat D&C. Tapi kalau masuk ubat x berjaya, kene la jgk D&C. Dlm pkl 8.30 start masuk ubat pertama. Aku igt kene cucuk mcm masuk air tu. Rupanya ikut bwh. Adui.. Mcm nk beranak juga ye. Dan pun aku baru tau, org bersalin induce pun masuk ubat ikut bawah..adik ipar cerita. Hehe.. Aku mana tau. Lps masuk ubat, xleh bangun dlm masa sejam. Kalau nk g toilet, kene panggil nurse. Kalau ada darah beku atau keluar ketulan apa2 kena panggil nurse. 

Dari pagi sampai la ke malam.. 5x masuk ubat, 5x kene cek bawah. Huhu.. Masa tghari dan ptg ada la sakit. Aku baring je. Melayan sakit. Tapi blh tahan. Doc kata kalau sakit sgt tak tahan, blh mtk nurse ubat atau injection. Aku tahan je. Cuma ada skali je mintak nurse panadol sbb tak tahan sakit. Dlm sakit2 tu.. Takde gak keluar apa2.. Doc suruh ambik gmbr darah dgn pad tiap kali tukar. Masa doc nak masukkan ubat terakhir, dia check berkali2. Aku pelik la aku tnya knp doc? Dia ckp mcm da turun. Tp kita tgk esok mcm mana.

Aku pun tnya la, doc kalau x keluar jugak mcm mana? Doc ckp, kita akan bg u rest, lps tu continue masuk ubat lagi.. Huhu.. Aku rasa cukup la 5x masuk ubat tu.. X larat da. Tak dpt aku bygkan bila jiran katil depan ckp, masa dia gugur dulu, dia kene masuk ubat 12x. Huhu... Kali ni dia gugur kali ke 3. Dia pun kene masuk ubat mcm aku jugak..

Malam tu, malam jumaat. Nurse da tutup lampu. Tak bagi kami pegi mana2. Katil pun dia da tarik pagarnya. Haa.. Amik xleh turun. Tadi sblm kene kurung, syok sgt nyembangkan.. Xnk pg toilet siap2. Nurse ckp mlm tu dia sorang kene jaga 10 patient, so kalau boleh jgn pegi mana2 nnt pengsan susah. Ye la kan, mana tau darah bnyk keluar ke blh pitam. Disebabkan tak nak menyusahkan nurse tu, kitaorg tdo je la. X kemana2 da.

Mata belum nak tdo. Aku berdoa dlm hati semoga urusan aku dipermudahkan. Aku hrp sgt keluar la ketulan yg belum keluar tu. Aku ckp dgn Allah.. Aku redha baby singgah sekejap dlm rahim aku. Walaupun belum jd baby.. Tp tetap baby la bagi kami. Aku tak nak susahkan en suami, kesian dia kene cuti lama, kesian kat mak.. Risau keadaan aku.. Aku tak nak la kene check bwh tu lagi. Kalau boleh nak keluar spital cepat. Macam2 aku doa.. Sampai la aku tertidur.. Sebelum tidur tu sempat la minta en suami buat solat hajat. Malam sblm tu pun aku suruh dia buat gak. Aku yakin mak aku pun buat solat hajat gak tu. Ank tgh susahkan. Ahli keluarga yg lain pun turut mendoakan juga. 

25hb Jan 2019
Pagi pul 5.30 nurse dtg check bp. Dia tnya akak nk mandi pukul berapa. Nk lewat sikit pun takpe. Aku ckp, tggu dekat nak subuh la.. Sbb masa tu india katil depan ckp dia nk mandi dulu. Lps azan subuh, aku solat hormat waktu dlu takut tak sempat ke apa kan. Selesai solat, india tu pun siap mandi. Then aku ckp nurse, aku nk mandi.. Nurse bukakkan pagar katil. Masa buang air kecik tu, keluar seketul darah beku. Lps tu terasa mcm ada sesuatu nk keluar lagi. Aku teran dan keluar seketul mcm daging. Kalau darah beku, xde salur darahkan.. Mcm jeli2 tu je. Ni mcm ada urat2 sket. Mcm paru pn ada aku tgk. Aku panggil nurse. Nurse dtg tgk. Lps tu dia pegi ambik bekas. Dia guna sarung tgn, ambik ketulan tu letak dlm mangkuk. Aku tnya nurse tu, kantung ke? Dia ckp mcm bukan. Mcm uri katanya. Aku dlm hati da risau la.. Belum lagi ke? Kene tggu lagi la ni.. Lps letak dlm mangkuk, nurse tlg buangkan pad. Aku ckp la eh tak payah, aku blh je buang sendiri. Tp dia da buangkan, terkejut aku. Masa aku nk jalan tutup pintu bilik air, sempat lagi dia pesan hati2 licin. Segan pulak aku dgn nurse tu. Sblm nurse dtg, akak jiran dpn katil sempat lagi tgk ketulan tu dr pintu bilik air. Dia ckp, besar ye wp 6 mggu. Ye la kn, kalo ikut scan 6 mggu. Dia ckp besar nye. Dia dlu kecik je. Aku ckp la.. Baka besar kot. Hehe..

Selesai mandi, aku pegi solat subuh disurau. Lps blk dr surau, doc dtg cari aku. Doc ckp confirm da keluar. So doc ajak pegi scan. Aku terus follow doc. Doc scan perut, tgk rahim da clear. Dinding rahim masih tebal lg. Balik ke katil dan rehat. Layan menu sarapan di hospital. Hehe.. Tak lama lps tu, dtg lg sorang doc lain, pempuan melayu pulak check. Doc tnya nk plan mcm mana lps ni. Dia advice plan jarakkan dan suh bincang dgn suami. Lps tu doc melayu tu ajak pg scan. Dia ckp dinding rahim boarder line. Kalau tak ada apa2 masalah boleh discharge. Doc ckp akan bg 1 injection utk kecutkan rahim. Doc check jalan, jalan x bukak. So ok la. Bleeding pn da x bnyk.

Bila doc ckp boleh balik. Aku seronok sgt la. Tp doc kata sblm dia bg balik, diaorg akan scan lg skali. Nurse dtg bg injection kat peha. Sakitnya kene enjet. Lps tu rehat je la.. Bosan betul menanti waktu balik. En suami ckp, dia xdtg tghari tu sbb dh nk balik, dia dtg ptg je. Aku ok je. Nurse dtg lg, check bp, dia kata bp aku rendah. So disebabkan xnak kene tahan lagi. Aku baring la.. Lunch sampai, aku mkn.. Lps tu baring balik. Hr tu hr jumaat, so lmbt la doc round utk waktu ptg. Mujur la ada student2 @ bakal doc tu dtg wad kitaorg. Diaorg interview india katil depan tu. Ada la dlm 5 org dgn sorang lecturer dia. Dgr la lecturer dia bg penerangan. Maybe bdk2 tu tahun akhir kot. India tu kene buang rahim sbb fibroid dan cyst.

Lebih kurang pkl 3 ptg, doc panggil ajak g scan. Doc check lg skali dan lps berbincang sesama diaorg, doc kata boleh balik. Doc ckp, kalau nk pregnant lg, once period da regular, boleh plan utk pregnant. Cyst aku da mengecil jd 2 cm. Sblm ni 4 cm. Agaknya cyst tu berkembang bila ada baby dgn dia. Aku jd takut nak ambil pil perancang ke, suntikan ke, apa2 je la. Aku nk plan sendiri je la kali ni. Kalau ada rezeki. Ada article kata ceaser blh 3x je. So aku ada peluang lg skali la. Tapi ada jugak baca, org ceaser kalau penah keguguran, berisiko berlaku tumpah darah masa bersalin nnt. Apa2 pun serah pada Allah je. Allah Maha Mengetahui. Ada org kata, keguguran kene gap 3 bulan br blh pregnant semula. Itu kalau org buat D&C la. Sbb takut luka rahim tu x baik lg, dia melekat2 dgn organ dalaman yg lain. Huhu.. Scary lak dgr. Apa2 pun, kalau ada rezeki dan umur, mmg nk lg sorang.. Hihi..

Alhamdulillah.. Suka sgt aku dpt balik. Pkl 4 en suami dtg. Dia uruskan bayaran. Alhamdulillah, company cover, so takde la kene byr. Tgk bil.. Total semuanya rm260. Tak semahal kat private. Tapi mungkin sbb aku x buat D&C. Tp PPUM, tak semahal private aku rasa. Service pun bagus. So far aku puas hati sgt. Walaupun xde org blh teman kita, tapi nurse dia sentiasa ada membantu. Lagi pun kalau en suami teman, boring gak dia kan. Baik dia duduk rumah, lipat2 kain ke apa kan. Hehe.. Cuma kalau private tu blh la bwk anak2 kot. Tp wad gynea ni budak2 xleh masuk. Wad bersalin je bdk blh masuk.

Dpt cuti mc 2 minggu. Seminggu duduk kg. Seminggu duduk umh sendiri. Duduk kg rehat la sikit, duduk umah sendiri, kene buat gak keje rumah. Walaupun pantang, buat gak keje yg ringan2. Sian en suami penat blk keje. Tp aku rasa aku xleh la pantang sendiri. Huhu.. Kene ada org jgk teman. Pantang xde baby dgn pantang ada baby lain. Wp xde kena uruskan baby, kdg2 emosi tu tu terganggu jgk... Terkenang2 kan.. Sedih tu kdg2 dtg. Kena cpt2 fikir positif. Kalau fikir sedih, ada org lg sedih. Semoga dugaan ini Allah berikan pahala dan kebaikan daripadanya. Aamiin..

Ibu di hospital, anak2 tinggal dgn ayahnya. 

Ni la ketulan terakhir yg keluar. Doc istilahkan POC dlm discharge summary aku hr tu. Aku google, POC abbreviation daripada Products of Conception. Dimana ia adalah tisu hasil persenyawaan egg and sperm. Lebih krg la ikut pemahaman aku. 

Ok la.. Panjang da rasanya entry ni..
Hrm.. Keguguran awal kandungan ni kena bg nama ke? Ada yg kata sunat bg nama walaupun br seminggu atau belum sempurna.. ada yg kata kalau 4 bulan br bg nama..
Lps tu.. Ada yg kata baby yg gugur ni, akan tggu ibubapanya di syurga.. Agak2 kalau br 10 mggu, dia tggu jgk ke?
Itu antara persoalan2 yg bermain difikiran.. Ye la kan.. Sbb belum jd baby kan.. Baru sgt lagi. Tapi bila fikir dari segi positifnya.. Allah Maha Adil.. Mesti la ada berita gembira buat pengubat kesedihan si ibu kan.. Mcm mana pulak dgn ibu yg berkali2 gugur tu.. Mesti ada ganjaran yg hebat menanti mereka. Macam permaisuri agung kita yg baru, 6x keguguran sblm dpt putera sulungnya. 10 tahun menanti.. Hebat betul dugaan baginda, seorang yg sgt cekal dan tabah. Apa la sgt dgn dugaan yg aku lalui ni kan.. Dari situ aku positif semula.

InshaaAllah.. Aku akan terus positif..

Anak-Anak adalah Tetamu Kita.

1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita.

2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka.

3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib al Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau.

"Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang baik itu.".

4. Jaga anak-anak kita dengan baik dan didik mereka. Bersabarlah dengan kerenah dan tingkah laku mereka. Kita tidak akan lama bersama mereka. Mereka hanya sementara.  Ujian Allah daripada mereka pasti akan berakhir juga suatu hari.

5. Apabila kita dapat bersabar menghadapi mereka, maka hasil yang cantik yang akan kita dapatkan nanti. Sabar itu cantik.

Wallahu A'lam.
Copy & Paste dari
Facebook Tazkirah ustaz dan ustazah.

Tetamu kecil kami kini telah pulang terlebih dahulu..
Inilah yg terbaik utk kita..
Terima kasih Allah.. 

You Might Also Like

6 comments

  1. biasanya 4 bulan baru bagi nama sebab usia 4 bulan dah ditiupkan roh dan akan dibangkitkan juga di padang mahsyar nanti. Tapi kalau 2 bualn tak pasti nak bagi pun boleh jugak kot, letak nama lelaki sebab kata prof yg ceramah hari tu biasanya letak nama lelaki sebab biasa yang gugur bayi lelaki kerana bayi lelaki ni lebih fragile dan sebenarnya nama anak ni yang lebih barhak bagi nama adalah bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Ada dgr ceramah UAI pun ckp mcm tu jgk. 4 bulan baru bg nama dan akan dibangkitkan dipadang mahsyar dan yg kena bg nama tu bapanya. Yg sebelum 4 bulan tu sunat bg nama dan letak nama bayi lelaki tu, ira ada baca kat fb.

      Budak2 ni ayahnya suka serahkan kat ibu utk pilih nama utk anak2😅😅 dia ikut je, lps tu dia la g daftarkan kat JPN. Kalau ikut ayah dia ank lelaki ke pempuan ke.. Nama safee sali jgk akan keluar dr mulut dia. Tak tau la knp berkenan sgt dgn nama tu.

      Oo.. Pasal bayi lelaki lebih fragile tu, ira baru tau, thanks share info.

      Delete
  2. Ira ni penyabar sungguh orang nya :)
    InsyaAllah ada rezeki di lain waktu.
    Stay strong :)

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah Ira.....
    Ira salah makan apa apa ke sebelum tu...kotnya makan nenas ke angkat berat ke apa ke....Tapi kadang tu bukan pasal tu penyebabnya, mmg dah tertuliskan. Tak perlah Ira, belum ada rezeki, insyaallah lepas ni mana tau dapat kembar pulak kan.

    Ohh sakit jugak gugur rupanya eh. Hakak tak pernah rasa sakit nak beranak, so mmg tak taulah sakitnya mcm mana. Aduhai kalau tak kerana terpaksa mmg malas nak duduk sepital kan. Nak kena selok selok lagi tu yg tersiksa jiwa raga rasanya tu kan.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images